BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 Februari 2012

Samsung Galaxy Nexus - RM2099

Samsung Galaxy Nexus telah pun secara rasminya memasuki pasaran Malaysia. 

Tentunya gadget ini antara gadget yang dinanti-nantikan oleh peminat kerana inilah telefon pintar pertama yang menggunakan Android 4.0 atau lebih dikenali sebagai Ice Cream Sandwich. Diakui spesifikasi Samsung Galaxy Nexus memang cukup hebat dan menarik.


Di Malaysia, Samsung Galaxy Nexus dijual pada harga RM2099. 2 syarikat telekomunikasi tempatan iaitu Digi dan Celcom yang menawarkan pakej yang agak menarik untuk sesiapa yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy Nexus.


Digi menawarkan Samsung Galaxy Nexus pada harga RM1999 tetapi pelanggan perlu memilih pelan data serta panggilan yang terdiri daripada DG SmartPlan 48 atau DG SmartPlan 68.   

Selain daripada itu Digi juga menawarkan gadget ini melalui skim ansuran mudah serendah RM118.25 (DG SmartPlan 48)  dan RM128.85 (DG SmartPlan 68) sebulan untuk tempoh 24 bulan.



Manakala Celcom menawarkan Samsung Galaxy Nexus bermula pada harga serendah RM1348. Harga yang ditawarkan adalah tertakluk kepada ikatan kontrak selama 12 dan 18 bulan. Lebih lama kontrak lebih murah harga gadget. 

Berdasarkan pakej yang ditawarkan oleh Digi dan Celcom, Saya dapati pakej daripada Digi lebih menarik untuk dipertimbangkan serta lebih fleksibel. Walaupun ikatan kontraknya adalah selama 24 bulan, pengguna mendapat penjimatan maksimum untuk pakej data dan panggilan yang dilanggan.

Sumber, Digi & Celcom







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan