BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

06 Mac 2012

Teknologi PureView Bakal Diadaptasi Ke Siri Lumia?

Beberapa hari lalu peranti Nokia 808 PureView telah menjadi tumpuan ramai sebaik sahaja diperkenalkan kepada umum.

Projek PureView ini sebenarnya telah dimulakan sejak 5 tahun yang lepas menggunakan platform Symbian sepenuhnya.

Jo Harlow, Naib Presiden Eksekutif peranti pintar di Nokia, bercakap kepada sebuah akhbar Finland dan mengatakan bahawa teknologi PureView akan diintegrasikan ke siri Lumia yang berplatformkan Windows Phone pada masa hadapan. Menurut beliau lagi, berdasarkan teknologi yang dimiliki projek itu mampu direalisasikan dalam jangka masa yang singkat.

Prestasi tidak seharusnya menjadi isu. Nokia 808 PureView menggunakan pemproses 1.3GHz teras tunggal dengan 512MB dan ia merupakan satu unit pemprosesan pusat "custom" yang mampu melakukan semua tugasan berat. 

Memandangkan projek ini sudah bermula agak lama, dengan ciri terkini perkakasan yang lebih baik bagi peranti telefon pintar yang berasaskan Windows Phone. Semua itu membolehkan ia diadaptasi dan diintegrasi dengan mudah.

Namun begitu keputusan untuk menjelamakan teknologi PureView terhadap peranti telefon pintar siri Lumia masih lagi dalam bentuk idea. Yang pastinya pengguna tidak akan dapat melihat teknologi ini diserap dalam siri Lumia dalam jangka masa terdekat.

--------

Tentunya Nokia mahu melihat dahulu maklum balas pengguna tentang produk terbaharu mereka ini. Berdasarkan kepada  populariti carian di internet, maklum balas yang diterima adalah amat menggalakkan. Peminat tegar Nokia masih lagi mengharapkan produk yang hebat berasaskan Symbian.

Telefon pintar dengan kemera yang hebat tentunya antara ciri penting yang perlu ada pada sebuah peranti telefon pintar sekarang ini. Apa pun Sistem Pengoperasiannya, strategi harga tentunya memainkan peranan penting bagi pengeluar untuk memikat hati pembeli.


Sumber, Aamulehti, GSMArena








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan