BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 Mei 2012

Android Pertama Saya

Saya akui bila bercerita tentang telefon pintar berasaskan Android saya agak ketinggalan memilikinya kerana telefon pintar Windows Mobile [Link] yang sedang digunakan masih belum rosak lagi! Melihat tentang tiadanya  keperluan untuk bertukar telah melengahkannya lagi.  

Pada penghujung tahun lepas akhirnya saya mengalah! Lebih-lebih lagi apabila syarikat tempat saya bekerja telah melancarkan aplikasi Android yang digunakan oleh para pelanggan untuk memperolehi maklumat serta melakukan urusniaga. Secara tidak langsung Android telah menjadi sebahagian daripada tugas saya.

Tanpa menunggu telefon pintar berasaskan Windows Mobile itu rosak, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Android. Memang satu keputusan yang agak sukar setelah bertahun-tahun menggunakan telefon pintar berasaskan Windows Mobile [Link]. Namun begitu atas tuntutan teknologi dan pekerjaan, memiliki telefon pintar berasaskan Android dilihat sebagai satu keperluan.

Melalui sedikit kaji selidik dan review oleh beberapa halaman web, saya memilih telefon bimbit berasaskan Android daripada pengeluar tempatan iaitu CSL Spice MI-300 [Link] untuk menjadi gadget Android pertama saya. Keputusan yang dibuat adalah atas faktor harga dan kepelbagaian varian yang ada membuatkan saya memilih model ini.


Pada awalnya saya telah menetapkan bahawa selagi telefon pintar tersebut masih berada didalam tempoh jaminan, ianya akan dikekalkan standard. Namun begitu, dalam keadaan standard peranti telekomukasi tersebut telah disekat prestasi serta potensinya! Sebagai contoh CSL Spice MI-300 yang saya gunakan ini menggunakan CPU berkelajuan 600Mhz tetapi pihak pengeluar menghadkan kelajuannya kepada 480Mhz atas faktor untuk memanjangkan hayat kuasa bateri. 

Saya melihat keadaan ini sebagai satu kerugian kerana baki 120Mhz kelajuan CPU itu tidak dapat digunakan untuk mengoptimum prestasi sedangkan kuasa bateri sebenarnya bergantung kepada faktor corak penggunaan individu.

Berdasarkan pemahaman terhadap konsep tersebut adalah wajar bagi saya untuk membebaskan peranti Android itu untuk mencapai potensi sebenarnya. Akhirnya setelah hampir 5 bulan menggunakannya dan memahami konsep modifikasi Android, saya mengambil keputusan untuk melakukan "Rooted" dan memasukan "Custom ROM". Boleh rujuk forum ini bagaimana untuk melakukannya [Link]

Sekarang telefon pintar ketegori budget [Link] ini sudah boleh dinikmati secara optimum kuasanya. Aplikasi yang sebelum ini hampir mustahil untuk digunakan sudah mampu beroperasi dengan lancar. Pengurusan memori, aplikasi dibelakang tabir dan penampanan iklan juga semakin bagus. Perkara yang paling menarik ialah aplikasi khusus bagi sesetengah jenama juga sudah boleh digunakan tanpa pantang!
 
Walaupun secara rasminya ia telah melanggar syarat jaminan yang menyebabkannya terbatal, ia adalah risiko yang amat berbaloi! Malah saya menggangap ianya bertepatan dengan tujuan utama Android dicipta berasaskan perisian sumber terbuka

Terbuka yang saya faham ialah pengguna tidak perlu dibataskan dari segi prestasi dan pemilihan aplikasi.





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan