BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Jun 2012

Angkara Rotavirus!

Alhamdulillah, Nurin Amani telah dibenarkan keluar daripada wad [Link] pada hari Jumaat setelah menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan.


Labatory Report - Rotavirus Detected!

Sangkaan awal kami tentunya sama sekali meleset. Bermacam-macam spekulasi difikirkan dan semuanya lebih menjurus kepada keracunan makanan. Namun begitu berdasarkan laporan makmal, Nurin Amani sebenarnya dijangkiti rotavirus!


Apa Itu Rotavirus?


Apa itu rotavirus?


Rotavirus adalah sejenis virus perut yang mudah dijangkiti. Hampir semua bayi akan dijangkiti rotavirus sebelum usia 5 tahun.

Kenapa rotavirus begitu serius?


Rotavirus mudah dijangkiti menerusi sentuhan biasa setiap hari. Malah ia boleh menyerang tanpa amaran. Jangkitan rotavirus mungkin disangka sakit perut biasa tetapi boleh melarat sehingga menyebabkan kes muntah-muntah atau cirit-birit melebihi 20 kali sehari. Simptomnya boleh berlarutan sehingga 9 hari.

Antara simptom rotavirus adalah:


  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Demam

Simptom-simptom yang dinayatakan ini boleh mengakibatkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair badan. Bayi atau kanak-kanak yang dijangkit dengan teruk perlu dibawa ke hospital kerana doktor di klinik biasa tidak dapat meramal atau mengesan sama ada bayi atau kanak-kanak tersebut mengalami jangkitan rotavirus sehingga ujian makmal dilakukan ke atas sampel najis dan darah.

Sekadar membersihkan rumah dan kerap mencuci tangan tidak cukup melindungi bayi dan kanak-kanak daripada jangkitan rotavirus. Sabun dan produk pencuci yang lain tidak dapat membunuh virus ini. Ia mudah merebak dan mampu hidup selama beberapa minggu pada barang-barang mainan dan permukaan-permukaan di dalam rumah.

Bagaimana boleh melindungi bayi dan kanak-kanak daripada rotavirus?


Mujurlah kini ada vaksinasi yang dapat mencegah jenis-jenis rotavirus yang paling lazim. Vaksinasi ini diberi secara oral dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Bayi harus diberi dos pertama sebelum berusia 3 bulan.

Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, sentiasalah berwaspada. Perlu sentiasa memerhati serta memantau perkembangan anak-anak. Pastikan aspek kebersihan sentiasa menjadi keutamaan. Jika ada yang tidak kena segeralah berjumpa dengan doktor. Virus ini memang spesifik menyerang kanak-kanak dibawah usia 5 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan