Rekod kejohanan dan rekod dunia bagi acara 4 x 100 meter Wanita yang telah berusia 27 tahun akhirnya berjaya dipecahkan oleh kuartet Amerika Syarikat seterusnya memenagi emas untuk acara tersebut.
Kuartet Amerika Syarikat yang dianggotai oleh Tianna Madison, pemenang pingat emas acara 200 meter Allyson Felix, Bianca Knight dan pemenang pingat perak acara 100 meter Camelita Jeter bermula cemerlang untuk menewaskan musuh tradisi mereka kuartet Jamaica.
Rekod dunia baharu yang dicipta itu adalah 0.55 saat lebih baik berbanding rekod lama yang telah dicipta oleh kuartet Jerman Timur 27 tahun yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan