BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

26 November 2012

F1 - Jenson Button Menang Di Interlagos, Sebastian Vettel Juara Keseluruhan

Jenson Button Menang Di Interlagos - Brazilian GP 2012
Jenson Button mengakhiri musim 2012 dengan cemerlang apabila berjaya memenangi Brazilian Grand Prix 2012 yang berlangsung di Litar Intetlagos. Ini adalah kemenangan ke 3 beliau dalam musim 2012 dan yang ke 15 sepanjang kerjayanya. Dilihat sebagai sudah terlambat buat Jenson Button [Link] untuk mencabar kejuaraan tetapi cukup manis bagi bekas juara F1 tahun 2009 untuk menutup tirai musim 2012.

Walau bagaimanapun pelumba yang paling gembira tentunya Sebastian Vettel apabila beliau secara rasminya disahkan sebagai Juara Keseluruhan Kategori Pemandu bagi musim 2012. Kali ini beliau memenanginya hanya dengan berkelebihan 3 mata mengatasi Fernando Alonso dan melakukannya dengan sekadar berada dikedudukan ke 6 pada perlumbaan terakhir ini.


Sebastian Vettel - Juara Dunia 3 Kali Formula 1 (F1) Termuda - 2010, 2011 & 2012


Ini merupakan kejayaan ke 3 beliau berturut-turut bermula tahun 2010, 2011 serta 2012. Dengan kejayaan "hatrick" ini beliau mencipta rekod dengan menjadi pelumba termuda melakukannya [Link]. Selain itu beliau turut membantu pasukannya, Red Bull Racing menjadi Juara Kategori Pengeluar [Link] pada perlumbaan di Austin tempohari.


Trio Hebat Red Bull Racing - Adrian Newey, Sebastian Vettel & Christian Horner
 [Link]

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Brazilian Grand Prix 2012:

1. Jenson Button  McLaren-Mercedes 71 laps
2. Fernando Alonso  Ferrari-Ferrari +0m 02.7s
3. Felipe Massa  Ferrari-Ferrari +0m 03.6s
4. Mark Webber  Red Bull-Renault +0m 04.9s
5. Nico Hulkenberg  Force India-Mercedes +0m 05.7s
6. Sebastian Vettel  Red Bull-Renault +0m 09.4s
7. Michael Schumacher  Mercedes-Mercedes +0m 11.9s
8. Jean-Eric Vergne  Toro Rosso-Ferrari +0m 28.6s
9. Kamui Kobayashi  Sauber-Ferrari +0m 31.2s
10. Kimi Raikkonen  Lotus-Renault +1 lap

11. Vitaly Petrov  Caterham-Renault +1 lap
12. Charles Pic  Marussia -Cosworth +1 lap
13. Daniel Ricciardo  Toro Rosso-Ferrari +1 lap
14. Heikki Kovalainen  Caterham-Renault +1 lap
15. Nico Rosberg  Mercedes-Mercedes +1 lap
16. Timo Glock Marussia -Cosworth +1 lap
17. Pedro de la Rosa  HRT-Cosworth +2 laps
18. Narain Karthikeyan I HRT-Cosworth +2 laps

Rtd Paul di Resta  Force India-Mercedes
Rtd Lewis Hamilton  McLaren-Mercedes
Rtd Romain Grosjean  Lotus-Renault
Rtd Pastor Maldonado  Williams-Renault
Rtd Bruno Senna l Williams-Renault
Rtd Sergio Perez o Sauber-Ferrari

Fastest lap:

Lewis Hamilton  McLaren-Mercedes 1m 18.069s Lap 38


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan