BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

06 Januari 2013

Duit Poket

Duit Poket - Asas Kepada Pengurusan Kewangan Peribadi
Zaman saya bersekolah dahulu, saya dibiasakan dengan diberi duit poket setiap hari untuk dijadikan belanja sekolah.

Setelah melalui pengalaman sebegitu hampir disepanjang zaman persekolahan, saya dapati ianya memang tidak membantu membina tabiat mengurus kewangan.

Maklumlah secara logiknya duit yang diperolehi biasanya hanya cukup-cukup untuk membeli makanan di kantin dan tambang ke sekolah. Kalau ada bakinya pun tidaklah banyak. Jadi memang tiada apa yang boleh diurus. Semuanya lebih kepada proses membayar pada tempat yang sepatutnya!

Semasa Nurin Iman di tahun 1 dan 2, saya masih lagi mengikut cara yang dilakukan oleh kedua ibu bapa saya. Setelah 2 tahun menggunakan keadah yang sama, kini sudah sampai masanya saya bereksperimen dan menggunakan pendekatan yang lain.


Duit Poket - Asas Kepada Pengurusan Kewangan Peribadi


Bermula sesi persekolahan yang baru bagi tahun 2013, saya mula memberikan Nurin Iman duit poket untuk perbelanjaan selama seminggu. Sudah sampai masa untuk Nurin Iman belajar mengurus duit poketnya. Duit poket akan diberi setiap Isnin atau pada malam sebelumnya dan terpulanglah pada beliau untuk mengurus perbelanjaannya. Cuma apa yang saya tekankan padanya ialah supaya beliau merekod segala perbelanjaan untuk dijadikan rujukan.

Saya akan memantau perkembangannya setiap minggu dan cuba melihat kesan positif daripadanya. Harap eksperimen ini berjaya mencapai matlamat untuk memberi pendedahan kepada asas pengurusan kewangan peribadi kepada anak-anak.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan