Cerita Tentang [
Sukan
]

F1 - Sebastian Vettel Menang Di Bahrain GP 2013

Sebastian Vettel Wins Bahrain GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Bahrain Grand Prix 2013

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan ke 2, namun begitu berjaya memintas Nico Rosberg pada pusingan ke 3 untuk mendahului perlumbaan dan seterusnya memenangi perlumbaan. Kemenangan ini merupakan kemenangan ke 28 disepanjang kerjayanya sebagai pemandu Formula 1.

Kimi Raikkonen pula berjaya menduduki tempat ke 2 walaupun bermula daripada kedudukan ke 8. Strategi 2 hentian pit dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengatasi pelumba yang majoritinya menggunakan strategi 3 hentian pit.

Malang buat Fernando Alonso [Link] kerana terpaksa melakukan hentian pit tidak berjadual kerana masalah DRS yang dihadapinya. Berikutan masalah tersebut peluang Fernando Alonso untuk menduduki podium turut terjejas. Pun begitu, pujian harus diberikan kerana beliau masih mampu menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke 8.

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Bahrain Grand Prix 2013:

1. Sebastian Vettel  Red Bull-Renault  1hr 36m 00.498s
2. Kimi Raikkonen  Lotus-Renault +00m 09.1s
3. Romain Grosjean  Lotus-Renault +00m 19.5s
4. Paul di Resta  Force India-Mercedes +00m 21.7s
5. Lewis Hamilton  Mercedes-Mercedes +00m 35.2s
6. Sergio Perez  McLaren-Mercedes +00m 35.9s
7. Mark Webber Red Bull-Renault +00m 37.2s
8. Fernando Alonso  Ferrari-Ferrari +00m 37.5s
9. Nico Rosberg  Mercedes-Mercedes +00m 41.1s
10. Jenson Button  McLaren-Mercedes +00m 46.6s

11. Pastor Maldonado  Williams-Renault +01m 06.4s
12. Nico Hulkenberg  Sauber-Ferrari +01m 12.9s
13. Adrian Sutil  Force India-Mercedes +01m 16.7s
14. Valtteri Bottas  Williams-Renault +01m 21.5s
15. Felipe Massa  Ferrari-Ferrari +01m 26.3s
16. Daniel Ricciardo  Toro Rosso-Ferrari +1 lap
17. Charles Pic  Caterham-Renault +1 lap
18. Esteban Gutierrez  Sauber-Ferrari +1 lap
19. Jules Bianchi  Marussia-Cosworth +1 lap
20. Max Chilton  Marussia-Cosworth +1 lap
21. Giedo van der Garde Caterham-Renault +2 laps

Rtd. Jean-Eric Vergne  Toro Rosso-Ferrari 16 laps completed


Fastest lap:

Sebastian Vettel  Red Bull-Renault 1m 36.961s lap 55


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment