Modenas Jaguh 175 - Kemek Ditangki Sebagai Peringatan!

Hampir seminggu juga motorsikal itu tersadai dihadapan rumah. Sebaik sahaja luka dilutut kering [Link], rasanya inilah masa yang sesuai untuk melihat keadaannya secara lebih teliti.


 
Modenas Jaguh 175 - Footrest
Pemijak Kaki Baharu!



Jangkaan awal berkemungkinan "fork" serta rim hadapan mengalami kerosakkan. Alhamdulillah setelah diperiksa, tiada kerosakkan yang serius. Cuma "footrest" sebelah kiri  serta kedua-dua cermin pandang belakang perlu diganti baharu.




Modenas Jaguh 175 - Proses Pembaikan Bermula



Kemek dibahagian tangki serta sedikit calar di ekzos terpaksa dibiarkan dahulu. Bagus sebagai tanda untuk mengingatkan diri supaya lebih berhati-hati semasa menunggang!


1 comment:

  1. Salam. Kat mana boleh dapat tangki minyak jaguh ea ? Yang skarang dah kemek dan berkarat...dah 2 kali hantar kedai tapi masaalah karat tu tak dapat diatasi...bawak ke kedai cuci/repair tangki dia suruh cari ganti....
    Tolong... Terima kasih

    ReplyDelete

Copyright © 2017 BEAM™