F1 - Lewis Hamilton Menang Di Bahrain GP 2014

F1 - Lewis Hamilton Menang Di Bahrain GP 2014
Lewis Hamilton [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Bahrain Grand Prix 2014

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan ke 2, namun begitu berjaya memintas Nico Rosberg pada pusingan ke 53 untuk mendahului perlumbaan dan seterusnya memenangi perlumbaan. 


F1 - Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 Menang Di Bahrain GP 2014


Kemenangan 1 & 2


Kemenangan ini merupakan kemenangan ke 3 berturut-turut buat Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 [Link] sejak musim baharu Formula 1 (F1) bermula. Permulaan cemerlang juga buat kedua-dua pelumba mereka, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg bagi musim 2014! 

F1 Bahrain Grand Prix 2014 Pics

Kejutan Sergio Perez!


Kejutan juga berlaku apabila Sergio Perez berjaya menduduki tempat ke 3 walaupun sekadar bermula dari kedudukan ke 5. Kedudukan podium ke 3 ini cukup mengembirakan buat Pasukan Sahara Force India F1 kerana kali terakhir pasukan ini berada pada kedudukan podium ialah ketika perlumbaan di Belgium Grand Prix 2009!

F1 Bahrain Grand Prix 2014 Pics


McLaren Mercedes Malang!


Malang buat pasukan McLaren Mercedes kerana kedua-dua pelumbanya gagal menamatkan perlumbaan. Dikala pasukan yang menggunakan enjin Mercedes memulakan musim dengan agak cemerlang, pasukan ini pula sebaliknya. Nampaknya sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan status pasukan ini sebagai pencabar kejuaraan musim ini.


Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Bahrain Grand Prix 2014:

1. Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes 1hr 39m 42.743s
2. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes +00m 01.0s
3. Sergio Perez Force India-Mercedes +00m 23.9s
4. Daniel Ricciardo Red Bull-Renault +00m 24.3s
5. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes +00m 28.4s
6. Sebastian Vettel Red Bull-Renault +00m 29.6s
7. Felipe Massa Williams-Mercedes +00m 30.9s
8. Valtteri Bottas Williams-Mercedes +00m 31.5s
9. Fernando Alonso Ferrari-Ferrari +00m 32.2s
10. Kimi Raikkonen Ferrari-Ferrari +00m 33.0s

11. Daniil Kvyat Toro Rosso-Renault +00m 40.8s
12. Romain Grosjean Lotus-Renault +00m 42.6s
13. Max Chilton Marussia-Ferrari +00m 59.3s
14. Pastor Maldonado Lotus-Renault +01m 02.1s
15. Kamui Kobayashi Caterham-Renault +01m 27.1s
16. Jules Bianchi Marussia-Ferrari +1 lap

Rtd Jenson Button McLaren-Mercedes 55 laps
Rtd Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 40 laps
Rtd Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 39 laps
Rtd Marcus Ericsson Caterham-Renault 33 laps
Rtd Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Renault 18 laps
Rtd Adrian Sutil Sauber-Ferrari 17 laps

Fastest lap:

Nico Rosberg Mercedes-Mercedes 1m 37.020s lap 49

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™