Hajat untuk menyaksikan perlumbaan berprestij Formula 1 (F1) secara langsung akhirnya tercapai!
Alhamdulillah pada 30 Mac 2014 yang lalu saya berjaya menghadirkan diri ke perlumbaan Formula 1 (F1) Malaysia Grand Prix 2014 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Kali terakhir saya ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) adalah pada tahun 1999 untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP Malaysian Grand Prix.
[Link]
Sudah 15 tahun berlalu, namun ingatan dan keseronokkannya masih cukup segar. Bila berpeluang untuk kembali semula ke sini, peluang ini tentunya tidak akan saya lepaskan!
Meningkatkan Kadar Adrenalin
Memang benar, keseronokkan menonton perlumbaan ini secara langsung sememangnya satu pengalaman berbeza berbanding menontonnya di kaca Televisyen. Yang pastinya, ianya meningkatkan kadar aliran adrenalin dalam tubuh!
Spesifikasi Enjin Formula 1 (F1) Musim 2014
Walaupun ada kata-kata sinis dari peminat yang mengatakan bahawa
enjin spesifikasi musim 2014 [Link] ini kurang menyengat, kenyataan tersebut sebenarnya tidak tepat. Kuasa dan kepantasan yang dihasilkan masih seperti dahulu.
Kalau ada cakap-cakap nakal mengenai enjin tersebut tentunya ianya lebih tertumpu kepada deruman enjin baharu yang dikatakan kurang sedap didengar.
Namun begitu, ketka melihat-lihat dipersekitaran litar saya tertarik dengan gelagat seorang peminat ini yang menggunakan kertas tisu sebagai alternatif kepada "ear plug"!
Bila sudah mengalaminya sendiri, memang sah deruman enjin Formula 1 (F1) masih cukup kuat untuk membingitkan telinga pada kadar maksimum!
Apa pun ceritanya, saya yakin dalam jangkamasa terdekat, peminat akan mula membiasakan diri dan menerima perubahan. Maklumlah sukan Formula 1 (F1) adalah sukan yang amat dinamik. Setiap tahun akan ada penambahbaikan dan perubahan dari segi peraturan teknikal serta teknologi yang digunakan.
Kalau ada cakap-cakap nakal mengenai enjin tersebut tentunya ianya lebih tertumpu kepada deruman enjin baharu yang dikatakan kurang sedap didengar.
Namun begitu, ketka melihat-lihat dipersekitaran litar saya tertarik dengan gelagat seorang peminat ini yang menggunakan kertas tisu sebagai alternatif kepada "ear plug"!
Bila sudah mengalaminya sendiri, memang sah deruman enjin Formula 1 (F1) masih cukup kuat untuk membingitkan telinga pada kadar maksimum!
Formula 1 (F1) Sukan Dinamik
Apa pun ceritanya, saya yakin dalam jangkamasa terdekat, peminat akan mula membiasakan diri dan menerima perubahan. Maklumlah sukan Formula 1 (F1) adalah sukan yang amat dinamik. Setiap tahun akan ada penambahbaikan dan perubahan dari segi peraturan teknikal serta teknologi yang digunakan.
Rugi Bila Peralatan Tidak Cukup!
Terasa rugi apabila hadir ke acara sehebat ini tetapi tidak membawa peralatan yang bersesuaian. Peralatan yang saya maksudkan ialah sebuah kamera DSLR! Sayang apabila banyak aksi menarik yang tidak dapat dirakam akibat kerana kekangan terhadap kemampuan kamera!
Lewis Hamilton Lepas Geram!
Perlumbaan yang dikira agak menarik buat Lewis Hamilton [Link] yang seolah-olah melepaskan geram apabila mendahului perlumbaan dari awal sehingga akhir dengan jurang masa yang agak besar dengan pelumba ditempat kedua dan ketiga.
Strategi pasukan Mercedes AMG Petronas F1 yang memaksa Lewis Hamilton untuk tidak meneruskan perlumbaan di Australian Grand Prix [Link] membuahkan hasil kerana enjin dapat diselamatkan dan digunakan sepenuhnya ketika perlumbaan di Sepang!
Pelumba Yang Paling Mencuri Tumpuan?
Tentunya saya pilih Kevin Magnussen dari pasukan McLaren. Pada awal perlumbaan beliau terlibat dengan insiden kemalangan yang menyebabkan Kimi Raikkonen hampir terkeluar dari perlumbaan. Akibat daripada insiden tersebut beliau telah dikenakan penalti 5 saat (Stop & Go).
Namun begitu beliau akhirnya dapat menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke 9 dan berjaya mengutip mata untuk kali kedua berturut-turut daripada 2 perlumbaan.
Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Malaysia Grand Prix 2014:
1. Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes 1hr 40m 25.974s
2. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes +00m 17.3s
3. Sebastian Vettel Red Bull-Renault +00m 24.5s
4. Fernando Alonso Ferrari-Ferrari +00m 35.9s
5. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes +00m 47.1s
6. Jenson Button McLaren-Mercedes +00m 83.6s
7. Felipe Massa Williams-Mercedes +00m 85.0s
8. Valtteri Bottas Williams-Mercedes +00m 85.5s
9. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes +1 lap
10. Daniil Kvyat Toro Rosso-Renault +1 lap
11. Romain Grosjean Lotus-Renault +1 lap
12. Kimi Raikkonen Ferrari-Ferrari +1 lap
13. Kamui Kobayashi Caterham-Renault +1 lap
14. Marcus Ericsson Caterham-Renault +2 laps
15. Max Chilton Marussia-Ferrari +2 laps
Rtd. Daniel Ricciardo Red Bull-Renault 49 laps
Rtd. Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 35 laps
Rtd. Adrian Sutil Sauber-Ferrari 32 laps
Rtd. Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Renault 18 laps
Rtd. Jules Bianchi Marussia-Ferrari 8 laps
Rtd. Pastor Maldonado Lotus-Renault 7 laps
Dns. Sergio Perez Force India-Mercedes
Fastest lap:
Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes 1m 43.066s lap 53
Tiada ulasan:
Catat Ulasan