Cerita Tentang [
Realiti
]

Kisah Pohon Duku

Cuti sekolah datang lagi. Kebetulan pula kali ini Pohon Duku di kebun sedang berbuah dengan lebatnya manakala rambutan dan pulasan sudah tinggal sisa-sisa. Kami ambil peluang ini untuk pulang ke kampung.


Pohon Duku - Sedang lebat berbuah!
Pohon Duku - Sedang lebat berbuah!


Kali terakhir pulang ke kampung adalah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Pada masa itu pokok ini sedang berbunga dan berputik.


Buah Duku
Buah Duku


Alhamdulillah, hasilnya memang tidak pernah mengecewakan sejak beberapa tahun yang lepas. [Link]



Bukan Senang Untuk Mengait Buah Duku
Abah sedang tekun mengait Buah Duku!


Walaupun ia hanyalah sebatang Pohon Duku, ia telah banyak meninggalkan kenangan. Saya menanamnya bersama-sama Abah ketika baharu berpindah ke sini kira-kira 27 tahun yang lalu.


Buah Duku - Hampir penuh kereta tolak!
Boleh tahan hasilnya walaupun sekejap!


Walaupun saya kadang-kadang culas ketika disuruh oleh Abah untuk menyiram dan membajanya, pohon ini tidak pernah culas untuk mengeluarkan hasilnya.


Buah Duku - Memang Sah Manis!
Menang Sah - Manis!

Siapa sangka hasilnya kini dapat dinikmati oleh menantu serta cucu-cucunya pula.. Inshaa Allah, tahun hadapan pohon ini bakal berbuah dengan lebih lebat lagi..


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

6 comments

  1. banyak nye berbuah... kalau makan dkt pokot memang layan...

    Post Terkini MananQayyim : Oh, Malaysia!

    ReplyDelete
  2. Haa.. betullah, inilah buah duku, rakan pejabat saya, orang Terengganu, dia kata buah duku lain, saya kata yang kulitnya tebal ni buah duku, dia tak percaya. Haiih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duku vs Dokong barangkali.. Memang susah hendak dibezakan bagi yang kurang arif. :)

      Delete
  3. Kalau manis.. menjadilah tanaman pokok duku tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada cuaca juga sebenarya. Kalau musim panas biasanya manis. :)

      Delete