Tentunya tidak lengkap jika membicarakan tentang motosikal bersilinder tunggal tanpa menyertakan KTM Duke 200. Jika dibandingkan dengan model pesaing daripada kapasiti enjin yang sama, KTM Duke 200 tentunya dilihat sangat hebat!
Pesaing dalam kelas yang sama termasuklah Demak DZM 200 dan Keeway RKV200G. Namun begitu, kedua-dua model tersebut tidak melepasi kuasa 20hp! Jadi perbandingan terhampir yang boleh dilakukan adalah dengan model motosikal bersilinder tunggal berkapasiti 250cc.
Pesaing dalam kelas yang sama termasuklah Demak DZM 200 dan Keeway RKV200G. Namun begitu, kedua-dua model tersebut tidak melepasi kuasa 20hp! Jadi perbandingan terhampir yang boleh dilakukan adalah dengan model motosikal bersilinder tunggal berkapasiti 250cc.
KTM Duke 200 (2014) Non ABS |
Walaupun perbandingan yang dilakukan berdasarkan data teknikal serta spesifikasi dilihat tidak begitu adil buat KTM Duke 200, persoalan utama kenapa ia wajar dibandingkan sebenarnya adalah disebabkan oleh faktor harga serta kuasa maksimum enjin.
Harga Premium
KTM Duke 200 ditawarkan pada harga yang agak premium bagi motosikal yang berkapasiti 200cc dan seterusnya bersaing dengan model-model berkapasiti 250cc yang juga ditawarkan pada lingkungan harga tersebut. Antara yang boleh dikatakan pesaingnya ialah Kawasaki Z250SL, Naza N5 dan SYM T2. Berikut adalah spesifikasi dah harga KTM Duke 200 (2014) Non ABS di Malaysia:
KTM Duke 200 (2014) - Spesifikasi Dan Harga | |
Enjin | 4 lejang Silinder tunggal, Sejukan cecair, Spark- Ignition Engine |
Isipadu | 199.5cc |
Gerek x lejang | 72mm x 49mm |
Transmisi | 6 kelajuan |
Kuasa maksimum | 19kW (25HP) |
Suspensi hadapan | WP Fork teleskopik USD |
Suspensi belakang | WP Monoshock boleh laras |
Brek hadapan | Cakera tunggal 300mm angkup 4-omboh |
Brek belakang | Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh |
Saiz tangki | 11 liter |
Berat | 129.5kg |
Harga | RM15,888 |
Kuasa Setara Motosikal Berkapasiti 250cc
Kuasa yang dihasilkan oleh enjin KTM Duke 200 sudah hampir menyamai sebuah motosikal bersilnder tunggal berkapasiti 250cc. Jika dibandingkan dengan Kawasaki Z250SL dan Naza N5, ia cuma ketinggalan 3hp! Manakala jika dibandingkan dengan SYM T2 ia mengatasinya dengan kelebihan 0.33hp!
Kawasaki Z250SL | NAZA N5 | SYM T2 | |
Enjin | Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC | Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC | Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair SOHC |
Isipadu | 249cc | 249cc | 249.4cc |
Gerek x lejang | 72mm x 61.2mm | 73mm x 59.6mm | 71mm x 63mm |
Nisbah mampatan | 11.3 : 1 | 10.4 : 1 | 10.5 : 1 |
Transmisi | 6-kelajuan | 6-kelajuan | 6-kelajuan |
Kuasa maksimum | 20.6kW (28HP) @ 9,700rpm | 21.2 kW (28.4HP) @ 8,500rpm | 18.4kW (24.67HP) @ 7,500rpm |
Tork maksimum | 22.6Nm @ 8,200rpm | 26.1Nm @ 7,000rpm | 23.1Nm @ 6,000rpm |
Suspensi hadapan | Teleskopik 37mm | Teleskopik terbalik 37mm | Teleskopik 37mm |
Suspensi belakang | Monoshock boleh laras | Monoshock boleh laras | Monoshock boleh laras |
Brek hadapan | Cakera tunggal 290mm angkup dwi-omboh | Cakera tunggal 300mm angkup dwi-omboh | Cakera tunggal 288mm angkup 4-omboh |
Brek belakang | Cakera tunggal 220mm angkup dwi-omboh | Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh | Cakera tunggal 222mm angkup 1-omboh |
Panjang | 1,935mm | 1,937mm | 2,005mm |
Lebar | 700mm | 800mm | |
Tinggi | 1,015mm | 1,055mm | 1,150mm |
Saiz tangki | 11 liter | 11 liter | 14 liter |
Berat | 148kg | 148kg | 173kg |
Harga | RM15,738 | RM13,988 | RM16,800 |
Faktor Nisbah Berat Kepada Kuasa
Berdasarkan data teknikal dan spesifikasi KTM Duke 200 adalah motosikal yang paling ringan berbanding dengan pesaingnya dan seterusnya menikmati kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa. Faktor inilah yang menyebabkan motosikal ini wajar diberi perhatian serius. Ringan dan berkuasa memudahkan untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan.
KTM Duke 200 (2014) Non ABS - Ringan dan Lincah! |
Rekabentuk Menarik
Rekabentuk menarik serta agak radikal telah menyumbang kepada populariti KTM Duke 200.
Kesimpulannya
Tidak syak lagi, untuk mewajarkan KTM Duke 200 (2014) Non ABS dipilih tentunya berdasarkan faktor berikut:
- Rekabentuk menarik.
- Faktor nisbah berat kepada kuasa.
Menurut pendapat tuan mana yang lebih baik antara KTM Duke 200 vs Kawasaki Z250SL??
BalasPadamKeupayaan setara. Jadi sukar untuk menentukan mana yang lebih baik. Apa pun kedua-duanya motorsikal hebat. Jika mahu yang ringan pilih Duke. Jika mahu lebih kuasa pilih Z250SL. :)
PadamBerapakah kelajuan maksimum KTM Duke 200? Dan manakah yang paling rendah kos penyelenggaraannya?
BalasPadam