BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

17 September 2014

KTM Duke 200 (2014) Non ABS - Tidak Lengkap Kalau Tidak Dibandingkan

Tentunya tidak lengkap jika membicarakan tentang motosikal bersilinder tunggal tanpa menyertakan KTM Duke 200. Jika dibandingkan dengan model pesaing daripada kapasiti enjin yang sama, KTM Duke 200 tentunya dilihat sangat hebat!

Pesaing dalam kelas yang sama termasuklah Demak DZM 200 dan Keeway RKV200G. Namun begitu, kedua-dua model tersebut tidak melepasi kuasa 20hp! Jadi perbandingan terhampir yang boleh dilakukan adalah dengan model motosikal bersilinder tunggal berkapasiti 250cc.



KTM Duke 200 (2014) Non ABS
KTM Duke 200 (2014) Non ABS

Walaupun perbandingan yang dilakukan berdasarkan data teknikal serta spesifikasi dilihat tidak begitu adil buat KTM Duke 200, persoalan utama kenapa ia wajar dibandingkan sebenarnya adalah disebabkan oleh faktor harga serta kuasa maksimum enjin.


Harga Premium


KTM Duke 200 ditawarkan pada harga yang agak premium bagi motosikal yang berkapasiti 200cc dan seterusnya bersaing dengan model-model berkapasiti 250cc yang juga ditawarkan pada lingkungan harga tersebut. Antara yang boleh dikatakan pesaingnya ialah Kawasaki Z250SL, Naza N5 dan SYM T2. Berikut adalah spesifikasi dah harga KTM Duke 200 (2014) Non ABS di Malaysia:


KTM Duke 200 (2014)  - Spesifikasi Dan Harga 
Enjin 4 lejang Silinder tunggal, Sejukan cecair, Spark- Ignition Engine
Isipadu 199.5cc
Gerek x lejang 72mm x 49mm
Transmisi 6 kelajuan
Kuasa maksimum 19kW (25HP) 
Suspensi hadapan WP Fork teleskopik  USD
Suspensi belakang WP Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 300mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh
Saiz tangki 11 liter
Berat 129.5kg
Harga RM15,888



Kuasa Setara Motosikal Berkapasiti 250cc


Kuasa yang dihasilkan oleh enjin KTM Duke 200 sudah hampir menyamai sebuah motosikal bersilnder tunggal berkapasiti 250cc. Jika dibandingkan dengan Kawasaki Z250SL dan Naza N5, ia cuma ketinggalan 3hp! Manakala jika dibandingkan dengan SYM T2 ia mengatasinya dengan kelebihan 0.33hp!



Kawasaki Z250SL NAZA N5 SYM T2
Enjin Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair SOHC
Isipadu 249cc 249cc 249.4cc
Gerek x lejang 72mm x 61.2mm 73mm x 59.6mm 71mm x 63mm
Nisbah mampatan 11.3 : 1 10.4 : 1 10.5 : 1
Transmisi 6-kelajuan 6-kelajuan 6-kelajuan
Kuasa maksimum 20.6kW (28HP) @ 9,700rpm 21.2 kW (28.4HP) @ 8,500rpm 18.4kW (24.67HP) @ 7,500rpm
Tork maksimum 22.6Nm @ 8,200rpm 26.1Nm @ 7,000rpm 23.1Nm @ 6,000rpm
Suspensi hadapan Teleskopik 37mm Teleskopik terbalik 37mm Teleskopik 37mm
Suspensi belakang Monoshock boleh laras Monoshock boleh laras Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 290mm angkup dwi-omboh Cakera tunggal 300mm angkup dwi-omboh Cakera tunggal 288mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 220mm angkup dwi-omboh Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh Cakera tunggal 222mm angkup 1-omboh
Panjang 1,935mm 1,937mm 2,005mm
Lebar 700mm 800mm 790mm
Tinggi 1,015mm 1,055mm 1,150mm
Saiz tangki 11 liter 11 liter 14 liter
Berat 148kg 148kg 173kg
Harga RM15,738 RM13,988 RM16,800



Faktor Nisbah Berat Kepada Kuasa


Berdasarkan data teknikal dan spesifikasi KTM Duke 200 adalah motosikal yang paling ringan berbanding dengan pesaingnya dan seterusnya menikmati kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa. Faktor inilah yang menyebabkan motosikal ini wajar diberi perhatian serius. Ringan dan berkuasa memudahkan untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan.



KTM Duke 200 (2014) Non ABS
KTM Duke 200 (2014) Non ABS - Ringan dan Lincah!


Rekabentuk Menarik


Rekabentuk menarik serta agak radikal telah menyumbang kepada populariti KTM Duke 200.


Kesimpulannya


Tidak syak lagi, untuk mewajarkan KTM Duke 200 (2014) Non ABS dipilih tentunya berdasarkan faktor berikut:

  • Rekabentuk menarik.
  • Faktor nisbah berat kepada kuasa.


3 ulasan:

  1. Menurut pendapat tuan mana yang lebih baik antara KTM Duke 200 vs Kawasaki Z250SL??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keupayaan setara. Jadi sukar untuk menentukan mana yang lebih baik. Apa pun kedua-duanya motorsikal hebat. Jika mahu yang ringan pilih Duke. Jika mahu lebih kuasa pilih Z250SL. :)

      Padam
  2. Berapakah kelajuan maksimum KTM Duke 200? Dan manakah yang paling rendah kos penyelenggaraannya?

    BalasPadam