Cerita Tentang [
Motorsikal
]

SYM T2 250i - Harga Dan Spesifikasi

Bila sebut sahaja jenama SYM, tidak ramai yang mengetahuinya. Sebenarnya, SYM merupakan jenama pengeluar yang berpangkalan di Taiwan. SYM lebih terkenal di seluruh dunia sebagai pembuat skuter berkualiti. Kehadiran SYM dipasaran Malaysia bermula secara tidak langsung apabila pihak Modenas  memperkenalkan beberapa buah model skuter yang disalin daripada skuter buatan SYM.

Namun begitu sebenarnya SYM adalah pengeluar terawal yang memperkenalkan motorsikal berkapasiti 250cc bersilinder tunggal di Malaysia. Model T2 250i diperkenalkan di negara pada tahun 2012.

SYM T2 250i
SYM T2 250i



Terlalu Awal Diperkenalkan?


Pada masa ini model ini diperkenalkan, kebanyakkan pesaingnya adalah terdiri daripada model-model yang dilengkapi dengan enjin dwi-silinder. Walaupun mempunyai kapasiti enjin yang sama, kuasa yang dihasilkan oleh enjin-enjin dwi-silinder adalah lebih tinggi. Ini menjadikan SYM T2 250i kelihatan kurang menarik kepada bakal pembeli. 

Kini apabila para pesaingnya turut memperkenalkan model bersilinder tunggal, SYM T2 250i seolah-olah diberi peluang kedua untuk bersaing dengan model yang setaraf. Antara pesaingnya rapatnya ialah Kawasaki Z250SL [Link] dan Naza N5 [Link]


SYM T2 250i - Harga Dan Spesifikasi
Enjin Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair SOHC
Isipadu 249.4cc
Gerek x lejang 71mm x 63mm
Nisbah mampatan 10.5 : 1
Transmisi 6 kelajuan
Kuasa maksimum 18.4kW (24.67HP) @ 7,500rpm
Tork maksimum 23.1Nm @ 6,000rpm
Suspensi hadapan Fork teleskopik 37mm
Suspensi belakang Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 288mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 222mm angkup 1-omboh
Panjang 2,005mm
Lebar 790mm
Tinggi 1,150mm
Saiz tangki 14 liter
Berat 173kg
Harga RM16,800




SYM T2 250i


Tangki Minyak Besar!


Berdasarkan angka-angka spesifikasi, didapati motorsikal ini lebih berat daripada kebanyakkan model pesaingnya. Selain itu antara faktor menarik tentang model ini ialah saiz tangki minyaknya yang besar iaitu berkapasiti 14 liter. Sangat sesuai ditunggang sebagai sebuah sports tourer dan daily commuter!


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

4 comments

  1. Adehh.. togel lagi ni :D
    Tapi boleh tahan jugak lah.. Berapa top speed dia bro? Kawe kalau di highway koman-koman pun mahu 220kmh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Naked Bike.. Hehe

      Top speed tak sampai la 220km/h.. 140 - 150km/h itu biasa bagi enjin 250cc satu silinder.

      Delete
    2. Top speed sym t2 ni 199km/h...

      Delete