Pada cuti Hari Kemerdekaan yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ke 100 Doraemon Secret Gadgets Expo yang berlangsung di Johor Bahru City Square. Expo yang dianjurkan oleh Animation International (M) Sdn. Bhd. ini akan berada di Johor Bahru bermula 30 Ogos 2014 sehingga 4 Januari 2015.
Bermacam-macam Doraemon! |
Tiket masuk yang dikenakan untuk menyaksikan EXPO ini ialah RM25 untuk
dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Manakala bagi kanak-kanak yang
berketinggian kurang daripada 90cm, masuk adalah percuma.
Bila melangkah masuk ke EXPO ini, anak-anaklah yang paling teruja sekali. Banyak betul "Doraemon" kata mereka!
Maklumlah EXPO yang bertemakan watak kartun popular yang selalu dilihat
di kaca TV memang amat sangat terkesan dengan jiwa kanak-kanak yang
sentiasa penuh dengan imiginasi.
Memory Bread? |
Bagi ibu bapa pula, melihat keseronokkan dan keterujaan anak-anak sudah cukup memuaskan dan menghiburkan hati.
Anak-anak sekarang sudah cukup terbeban dengan pelajaran dan jadual waktu yang padat setiap hari. Aktiviti yang sama kalau diulang-ulang tentunya akan membosankan mereka.
Jadi EXPO sebegini boleh dijadikan tempat untuk melepaskan tekanan dan melupakan pelajaran buat seketika.
Giant (Takeshi Gouda) - Nyanyiannya Memang Tak Sedap! |
Serba sedikit tentang Doreamon:
Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) pada tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita. Kebanyakan cerita-cerita Doraemon berunsurkan komedi dan nilai-nilai murni seperti kejujuran, ketabahan, dan kehormatan. Pelbagai isu-isu alam sekitar juga sering dikisahkan, ini termasuk pemanasan global, kepupusan haiwan dan habitat, penebangan hutan, dan pencemaran alam. Topik-topik pendidikan seperti dinosaur, teori bumi rata, sejarah Jepun juga sering diceritakan. Sumber :Wikipedia
Pesan saya pada anak-anak, janganlah jadi seperti Nobita. Jika mahukan kejayaan, berusahalah dan tetapkanlah matlamat.
Replika Bilik Nobita |
Realitinya, tiada jalan pintas atau gadget ajaib yang akan membantu kita untuk berjaya.
Wah! mahal gak tiket tengok Doraemon tu bro. :D Tapi standard JB skrg mcm tu lah kan? Kids sure enjoy lah. which is the main purpose masuk sana.
BalasPadamTu la..
PadamTapi tak pe lah.. asal anak-anak enjoy itu sudah cukup bagus.