BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

05 September 2014

SYM T2 250i - Harga Dan Spesifikasi

Bila disebut sahaja jenama SYM, tidak ramai yang mengetahuinya. Sebenarnya, SYM merupakan jenama pengeluar yang berpangkalan di Taiwan. SYM lebih terkenal di seluruh dunia sebagai pembuat skuter berkualiti.

Kehadiran SYM dipasaran Malaysia bermula secara tidak langsung apabila pihak Modenas memperkenalkan beberapa buah model skuter yang disalin daripada skuter buatan SYM.


SYM T2 250i Bersilinder Tunggal


Namun begitu sebenarnya SYM adalah pengeluar terawal yang memperkenalkan motosikal berkapasiti 250cc bersilinder tunggal di Malaysia. Model T2 250i diperkenalkan di negara pada tahun 2012.

SYM T2 250i
SYM T2 250i



Bukan Pencabar Model Dwi-Silinder


Pada masa ini model ini diperkenalkan, kebanyakkan pesaingnya adalah terdiri daripada model-model yang dilengkapi dengan enjin dwi-silinder.

Walaupun mempunyai kapasiti enjin yang sama, kuasa yang dihasilkan oleh enjin-enjin dwi-silinder adalah lebih tinggi. Ini menjadikan SYM T2 250i kelihatan kurang menarik kepada bakal pembeli.

Namun begitu kehadiran model-model bersilinder tunggal seperti SYM T2 250i bukanlah untuk menjadi pencabar kepada model-model dwi-silinder. Ianya adalah lebih kepada memberi pilihan dan alternatif kepada pembeli.


Diberi PeluangKedua


Apabila para pesaingnya turut memperkenalkan model bersilinder tunggal, SYM T2 250i seolah-olah diberi peluang kedua untuk bersaing dengan model yang setaraf. Antara pesaingnya rapatnya ialah Kawasaki Z250SL [Link] dan Naza N5 [Link]



SYM T2 250i - Harga Dan Spesifikasi
Enjin Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair SOHC
Isipadu 249.4cc
Gerek x lejang 71mm x 63mm
Nisbah mampatan 10.5 : 1
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa maksimum 18.4kW (24.67HP) @ 7,500rpm
Tork maksimum 23.1Nm @ 6,000rpm
Suspensi hadapan Fork teleskopik 37mm
Suspensi belakang Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 288mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 222mm angkup 1-omboh
Panjang 2,005mm
Lebar 790mm
Tinggi 1,150mm
Saiz tangki 14 liter
Berat 173kg
Harga RM16,800




SYM T2 250i
SYM T2 250i


Paling Berat Didalam Kelasnya!


Berdasarkan angka-angka spesifikasi, didapati motosikal ini lebih berat daripada kebanyakkan model pesaingnya. Namun bagitu, paling berat tidak bermakna bahawa motosikal ini tidak bagus.

Tangki Minyak Besar!


Selain itu antara faktor menarik tentang model ini ialah saiz tangki minyaknya yang besar iaitu berkapasiti 14 liter. Sangat sesuai ditunggang sebagai sebuah sports tourer dan daily commuter!

 


7 ulasan:

  1. Adehh.. togel lagi ni :D
    Tapi boleh tahan jugak lah.. Berapa top speed dia bro? Kawe kalau di highway koman-koman pun mahu 220kmh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Naked Bike.. Hehe

      Top speed tak sampai la 220km/h.. 140 - 150km/h itu biasa bagi enjin 250cc satu silinder.

      Padam
    2. Top speed sym t2 ni 199km/h...

      Padam
  2. Top speed 299 ..terbaik

    BalasPadam
  3. length bagi rantai 120L atau 104L?

    BalasPadam