Cerita Tentang [
Motorsikal
]

Modenas Pulsar NS200 (Naked) - Harga Dan Spesifikasi

Khas buat pengguna yang meminati varian "Naked", Modenas kini mempunyai produk yang menarik untuk ditawarkan. Modenas memperkenalkan model Pulsar NS200 yang mempunyai spesifikasi hebat pada harga yang sangat berpatutan.

Modenas Pulsar NS200 sebenarnya berkongsi spesifikasi asas dengan Modenas Pulsar RS200. Perbezaannya ketaranya hanyalah dari segi penampilan (Naked vs Sportbike) manakala perbezaan peralatan adalah sangat minimum.





Modenas Pulsar NS200
Modenas Pulsar NS200



Rekabentuk Moden


Model yang disalin terus daripada model Bajaj Pulsar NS200 ini menampilkan gaya serta rekabentuk moden yang menarik.




Modenas Pulsar NS200
Modenas Pulsar NS200



Tidak Dilengkapi ABS


Walaupun berkongsi spesifikasi dengan Modenas Pulsar RS200, sayangnya model ini tidak dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System).





Modenas Pulsar NS200
Modenas Pulsar NS200


Jika model ini dilengkapkan dengan sistem ABS, sudah tentu ia akan meletakkan satu penanda aras baharu bagi motorsikal yang berharga dibawah RM10,000 yang mempunyai ABS!



Sistem Triple Spark


Seperti Modenas Pulsar RS200, motorsikal ini juga dilengkapi dengan Sistem Triple Spark. Ini bermaksud bahawa motorsikal ini menggunakan 3 palam pencucuh.


Modenas Pulsar NS200
Modenas Pulsar NS200



Kelebihan bagi enjin yang menggunakan sistem ini ialah ia dapat mengoptimumkan pembakaran, menjimatkan bahan api dan seterusnya diterjemahkan kepada kuasa optimum pada peringkat "Top-End".

Manakala keburukannya menggunakan sistem ini ialah, pengguna terpaksa mengeluarkan kos yang lebih ketika melakukan servis!


Tangki Minyak 12 Liter


Motorsikal ini dilengkapi dengan kapasiti tangki minyak yang lebih besar sedikit berbanding pesaing terdekatnya KTM DUKE 200. Secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian.


Berikut adalah spesifikasi bagi Modenas Pulsar NS200:



Enjin Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC (Triple-spark)
Isipadu 199.5cc
Gerek x lejang 72 mm x 49 mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  17.5kW (23.5bhp) @9750rpm
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic dengan Bush Anti Geseran
Suspensi Belakang Monoshock dengan Tabung Nitrox
Brek Hadapan Cakera Tunggal 280mm
Brek Belakang Cakera Tunggal 230mm
Tayar Hadapan 100/80-17 (52P)
Tayar Belakang 130/70-17 (62P)
Saiz tangki 12 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 152 kg*
Harga RM9,222*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.


Rujukan: Modenas / Bajaj Auto
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment