BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

12 Februari 2018

KTM Duke 250 (2017) - Perbandingan, Harga Dan Spesifikasi

Khas buat pengguna yang meminati varian "Naked", baru-baru ini KTM Malaysia telah memperkenalkan KTM Duke 250 (2017) yang telah dikemaskini sedia untuk ditawarkan.

Pelbagai penambahbaikan telah pun diperkenalkan terhadap KTM Duke 250 (2017). Antara penambahbaikan yang agak ketara tentunya dari segi penampilan, chasis serta enjinnya.





KTM Duke 250 (2017)
KTM Duke 250 (2017)





Rekabentuk Moden


KTM Duke 250 (2017) ini menampilkan gaya serta rekabentuk moden yang menarik serta dalam masa yang sama masih berupaya mengekalkan identiti yang diwarisi daripada model sebelumnya.

Perubahan paling ketara tentunya paip ekzos yang dikeluarkan dan dihalakan ke sisi kanan berbanding model sebelumnya yang terletak di bahagian bawah enjin.



Dilengkapi ABS


Seperti model terdahulu, KTM Duke 250 (2017) dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System).

Dengan adanya sistem  ini, KTM Duke 250 (2017) sekali lagi telah mengesahkan statusnya sebagai satu-satunya motosikal didalam kategorinya yang dilengkapi dengan sistem ABS. Ianya juga merupakan satu penanda aras bagi motosikal berkuasa 250cc perlu dicabar oleh para pesaingnya.


Tangki Bahan Api Lebih Besar


Antara perubahan paling ketara adalah kapasiti tangki bahan api yang lebih besar. Kapasiti tangki bahan api bagi model sebelumnya adalah 11 liter manakala kapasiti tangki bahan api KTM Duke 250 (2017) ialah 13.4 liter.

Perbezaan 2.4 liter berbanding model sebelumnya adalah amat besar dan membolehkan KTM Duke 250 (2017) menambah jarak perjalanan sebanyak 74km.

Memandangkan motosikal ini dilengkapi dengan kapasiti tangki bahan api yang lebih besar berbanding para pesaingnya, secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian dan sebuah "Sports Tourer". Isian penuh tangki bahan api membolehkan motosikal ini melakukan perjalanan sejauh 413.5km.


Enjin - Kuasa Kurang 1HP


Enjin baharu yang dilengkapkan pada KTM Duke 250 (2017) mampu menjana 22kW (30HP) kuasa.

Walaubagaimanapun, kuasa yang dijana oleh enjin tersebut adalah kung 1HP daripada model sebelumnya. Namun bagitu dari segi positifnya, enjin tersebut adalah mematuhi piawaian Euro 4 yang menghasilkan kurang pencemaran.


Lebih Berat


Pelbagai penambahbaikan bagi KTM Duke 250 (2017) dari segi penampilan, casis serta enjin telah mempengaruhi berat motosikal ini. Kini ianya 8kg lebih berat berbanding model sebelumnya.


Pelana Lebih Tinggi


Manakala perubahan pada ketinggian sebanyak 30mm pada pelana motosikal ini juga akan memberi kesan kepada penunggang yang lebih rendah.


Berikut adalah spesifikasi bagi KTM Duke 250 (2017):



Enjin Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang DOHC
Isipadu 248.8cc
Gerek x lejang 72 mm x 61.1 mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  22kW (30bhp) @9000 rpm
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan WP Teleskopic Terbalik
Suspensi Belakang WP Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal 300mm
Brek Belakang Cakera Tunggal 230mm
Tayar Hadapan 110/70 - ZR 17
Tayar Belakang 150/60 - ZR 17
Saiz tangki 13.4 liter
Tinggi Pelana 830 mm
Berat 147 kg
Harga RM21,730*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Kesimpulannya


KTM Duke 250 memang sudah terkenal sebagai sebuah motosikal yang ringan serta berkuasa. Atas faktor inilah ia mudah untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan.

Akibat daripada pelbagai penambahbaikan terkini bagi KTM Duke 250 (2017) menjadikkan ianya lebih berat berbanding model sebelumnya. Model terbaharu ini juga didatangkan dengan kurang 1HP daripada kuasa enjinnya. Didalam dunia motosikal, kuasa kuda sebanyak 1HP adalah besar. Namun begitu, ia masih lagi sebuah motosikal yang teringan dan berkuasa didalam kelasnya.


Rujukan: KTM Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan