BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Disember 2007

Jalan-jalan Ke Felda Serting Hilir 7

Kami ke Felda Serting Hilir 7 pada 8/12/2007 kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu "orang rumah". Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Seremban. Kami ke sana dengan rombongan 3 buah kereta. Ini adalah kali pertama Aku ke sana. Rasanya taklah jauh sangat cuma melalui Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah memang amat mencabar dan kadangkala membosankan.


Hujan lebat!
Hujan lebat!

Kebetulan sekarang memang musim hujan. Biasalah kalau dah musim hujan dan kebetulan pula ada majlis hendak dibuat memang akan jadi kelam kabut sikit. Maklumlah majlis di Felda, hujan pula mencurah-curah, dengan tanah melekat-lekat di kasut.. hehehe..macam lah Aku nih orang bandar., orang Felda jugak!


Mengintai dari tingkap!
Mengintai dari tingkap!



Majlis berjalan dengan lancar. Walaupun hujan tetap meriah. Memang tak dapat dinafikan pada mulanya Aku amat berat hati nak ke majlis ini. Maklumlah seminggu sebelum tue Aku dah pun balik ke Seremban kerana menghadiri majlis perkahwinan rakan baik masa di UKM, Fauzi dan rakan baik "orang rumah" Ayu. Oleh yang demikian Aku pun ambil keputusan.. untuk tinggalkan Nurin & Emaknya di kampung dan balik semula ke JB menaiki bas. Aku balik semula ke Seremban pada minggu depannya, naik bas.. jimat sikitlah belanja duit minyak kereta & tol.


Makan-makan!
Makan-makan!

Entah kenapa pada mulanya Aku berat hati nak ke sana, tetapi kemudiannya rasa macam tak patut pula kalau tak pergi.. lagipun ini majlis makcik.. dah alang-alang, Aku gagahkan jugak lah! Rupa-rupanya, inilah majlis terakhir dan kali terakhir kami sempat berjumpa dengan Uwan (Nyang Nurin). Seminggu selepas majlis di Serting, beliau meninggal dunia..


Gambar Uwan (Nyang Nurin) terakhir
Gambar Uwan (Nyang Nurin) terakhir

Sepanjang majlis, Uwan memang tak menampakkan apa-apa tanda, beliau sentiasa tersenyum. Bila dengar berita yang dia dah meninggal dunia.. kami sekeluarga di JB memang terkejut! Manakan tidak, baru seminggu yang lepas kami bertemu di Serting. Semoga "Allah" mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Mak mertua & Mak Ngah
Mak mertua & Mak Ngah





Nurin Iman & Uwan Teh
Nurin Iman & Uwan Teh

Sebulan selepas majlis, Emak di kampung menelefon mengatakan ada surat sampai dari PDRM.. Surat Polis? Aiseh..kalau surat dari Polis..surat samanlah tue. Bila balik kampung tempohari dan check surat tu..memang confirmlah tue surat saman. Kena speed trap di Jalan Serting - Bahau.. Tarikh 9/12/2007. Maka lengkaplah cerita perjalanan dari JB ke Serting!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan