BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Oktober 2010

Bersedia Awal..

Sekejap sahaja tahun 2010 telah memasuki suku ke 4. Ini bermakna kurang dari 3 bulan kita akan meninggalkan tahun 2010.  Tahun 2010 dinanti dengan penuh debaran buat keluarga kami.

Nurin Iman akan memasuki sistem persekolahan formal pada tahun hadapan. Sebagai keluarga kami tentunya seronok dan dalam masa yang sama juga risau bagaimana beliau akan memulakan hari pertamanya di sekolah kelak.

Persiapan serta persediaan kelengkapan untuk memulakan persekolahan sebenar juga perlu bermula sekarang. Kalau ditunggu sehingga saat terakhir nanti tentu akan membebankan kewangan. 

Dalam masa yang sama kami juga terfikir tentang keluarga yang mempunyai anak yang ramai yang masih bersekolah. Tentunya cabaran kewangan buat mereka lebih hebat berbanding kami.

Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.


 







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan