BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Januari 2011

Samsung GT-E1080F - Telefon Bimbit Ringkas

Memang sudah lama berniat untuk membeli sebuah handphone asas untuk kegunaan kecemasan dirumah. Untuk telefon bimbit asas harga yang dikira berpatutan ialah dibawah RM100. Memang sudah ada beberapa model telefon bimbit yang berada dalam radar sejak beberapa bulan yang lepas. Namun begitu Samsung GT-E1080F menjadi pilihan.


Samsung GT-E1080F - Review


Kami ke Tesco Bukit Indah semalam. Semasa dibahagian alatan elektrik dan elektronik tiba-tiba terpandang, telefon bimbit Samsung model GT-E1080F yang bertanda harga RM68.88 seunit. Nampaknya inilah telefon bimbit yang sesuai untuk dijadikan telefon kecemasan kerana telah menepati ciri utama iaitu harga.



Samsung GT-E1080F - Basic Function

Tidak menunggu lama, terus meminta jurujual yang bertugas untuk melihat unit yang sebenar dan kemudiannya membuat pembayaran.  Untuk sebuah telefon bimbit asas, memang tiada apa yang istimewa kecuali 2 ciri utama yang agak unik iaitu yang pertama ialah fungsi lampu suluh dan yang kedua ialah fungsi Fake Call.  

Fungsi lampu suluh memang perlu ada sekarang kerana sekarang tidak ramai orang yang menyimpan lampu suluh dirumah. Jadi bila fungsi ini diintegrasikan pada telefon bimbit tentunya ia akan menambah lagi fungsi penggunaan pada telefon bimbit tersebut.   

Manakala fungsi Fake Call pula boleh digunakan untuk mencipta situasi seolah-olah pemilik telefon menerima panggilan penting dan boleh dijadikan alasan untuk keluar daripada majlis, mesyuarat atau perbualan yang membosankan! Fungsi Fake Call ini boleh di aktifkan dalam masa sepantas 5 saat, 10 saat, 30saat, 1 minit atau 3 minit!

Untuk telefon bimbit yang berharga kurang daripada RM70.00, pembelian ini bolelah dikatakan berbaloi.  Telefon ini baik untuk digunakan sebagai telefon bimbit gantian atau disimpan sebagai unit kecemasan.

Kredit imej, gsmarena.com


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan