BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Januari 2011

Selepas 10 Tahun.. #0

Sudah masuk tahun ke 11 Aku bekerja di sektor swasta. Dalam tempoh itu sudah 3 kali aktiviti penyusunan semula koprat dilakukan. Diantaranya melibatkan penggabungan syarikat, pemindahan operasi ibu pejabat  dan pembentukan anak syarikat yang baharu.  

Ketidaktentuan..

Setiap kali menempuhi aktiviti tersebut perkara yang paling dirisaukan ialah sama ada diri ini masih diperlukan atau tidak.  Tidak dapat dinafikan bekerja di sektor swasta ketidaktentuan sentiasa bermain difikiran.  Bila terlalu difikirkan, ia jadi lebih menakutkan!

Jadi untuk tidak terlalu terbawa-bawa oleh ketakutan tersebut, adalah lebih aman jika tidak memikirkan sangat mengenainya. 

Selepas 10 tahun..

Untuk mengekalkan prestasi selepas 10 tahun bekerja juga merupakan sesuatu yang sukar.  Pada ketika ini motivasi serta dorongan sudah semakin berkurangan.  

Bila dicampur elemen ketidaktentuan dan dorongan serta motivasi yang semakin menurun, kesannya pada diri akan menjadi lebih teruk! Perlu dilakukan sesuatu untuk mengembalikan semula kekuatan.





Mengembalikan semula kekuatan..

Disebalik ketidaktentuan, ada baiknya jika terus menumpukan usaha untuk mengekalkan prestasi diri sebaik mungkin, menyelesaikan segala isu dengan pantas dan teliti serta membawa inovasi dalam kerja seharian.

Untuk mendapatkan dorongan serta motivasi tentunya ia hadir melalui  yang tersayang (keluarga). Untuk meningkatkan inovasi, tetunya  R&D serta budaya menimba ilmu secara berterusan perlu dilakukan.

Alhamdulillah sejak 10 tahun yang lepas pelbagai cabaran serta dugaan telah dilalui. Harapan semoga dapat bertahan lagi untuk tahun-tahun mendatang, dikekalkan kesihatan serta dilimpahkan dengan rezeki yang cukup untuk menyara diri dan keluarga. Amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan