Sejak 2 hari yang lepas banyak masa telah dihabiskan dengan menguji peralatan yang baru diterima daripada pihak vendor.
Memang seronok bila menerima sesuatu yang baharu terutama NAS (Network Attached Storage) yang pertama kali akan digunakan di tempat kerja bagi mengantikan beberapa File Server yang sudah agak berusia dan berkapasiti terhad.
Sebaik sahaja peralatan itu tiba di pejabat, terus sahaja mengeluarkannya daripada kotak dan memulakan proses mengkonfigurasi.
Dimulakan dengan membaca manual dan mengikuti setiap langkah dengan berhati-hati. Maklumlah benda baru, lagipun sebelum ini memang tidak pernah mengkonfigurasi NAS.
Banyak masa dihabiskan untuk mencuba beberapa jenis konfigurasi untuk mendapatkan prestasi terbaik serta disesuaikan dengan konfigurasi rangkaian tempatan yang sedia ada.
NAS yang baru dibeli ini adalah daripada jenama Buffalo TeraStation III TS-RXL/R5 Series berkapasiti 4 TB (TeraBytes). Proses mengkonfigurasi NAS ini agak mudah kerana semuanya dapat dilakukan dengan menggunakan pelayar internet.
Cuma ada beberapa isu yang pada mulanya tidak dapat difahami berjaya diselesaikan dengan bantuan pihak vendor iaitu isu berkaitan dengan "Port Trunking" dan konfigurasi "Raid 5".
Setelah semua isu konfigurasi diselesaikan, Insyallah bermula minggu hadapan proses migrasi data akan dilakukan secara berperingkat-peringkat untuk meminimumkan gangguan teknikal.
Hmm.. Bermulalah hari yang sibuk buat pasukan IT sepanjang minggu hadapan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan