Akhirnya Nokia Lumia 900 [Link] secara rasminya boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1799.
Telefon pintar yang memenangi anugerah The CNET Best of CES 2012 merupakan gadget yang ditunggu-tunggu oleh peminat Nokia seluruh dunia.
Telefon pintar ini mendapat perhatian peminat gadget apabila SIRI pada iPhone 4S [Link] memberikan jawapan yang agak kontroversi apabila ditanya "What is the best smartphone ever?"

Spesifikasi umumnya ialah CPU 1.4 Ghz (Qualcomm APQ8055 + MDM9200), 512MB RAM, storan dalaman 16GB, paparan skin 4.3 inci AMOLED dan bateri 1830mAh.
Peranti ini juga dilengkapi dengan kamera utama 8MP fokus automatik, denyar LED dan butang kamera dedikasi. Manakala kamera dihadapan adalah 1MP untuk panggilan video.
Maxis mendahului lain-lain syarikat telekomunikasi dalam merangka pelan bersesuaian dan Nokia Lumia 900 boleh didapati dengan harga serendah RM959 berserta kontrak selama 24 bulan untuk pakej data 6GB.
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari halaman web Maxis [Link]
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari halaman web Maxis [Link]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan