BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 Julai 2012

F1 - Fernando Alonso Menang Di Hockenheim

Fernando Alonso [Link] menjadi pelumba pertama yang memenangi 3 perlumbaan dalam musim 2012 setelah berjaya memenangi perlumbaan German Grand Prix 2012

Menjadi pelumba terpantas semasa sesi kelayakan dan beliau akhirnya menepati ramalan dengan memenangi perlumbaan tersebut.

Menerusi kemenangan ini, Fernando Alonso turut mencatat rekod peribadi kemenangan yang ke 30 sepanjang kariernya. Dengan kemenangan ini, Fernando Alonso semakin menjarakkan dirinya dalam pungutan mata keseluruhan senarai pemandu musim ini dengan kelebihan 34 mata mengatasi pelumba di tempat kedua iaitu Mark Webber [Link].

Malang bagi Sebastian Vettel [Link] walaupun berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua, kedudukan tersebut tidak kekal lama kerana beliau dikenakan penalti 20 saat selepas perlumbaan tamat. Penalti tersebut dikenakan akibat daripada tindakkannya memotong Jenson Button pada lap terakhir yang menyalahi peraturan perlumbaan.

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan German Grand Prix 2012:

1. Fernando Alonso  Ferrari-Ferrari 1hr 31m 05.862s
2. Jenson Button  McLaren-Mercedes +0m 06.9s
3. Kimi Raikkonen  Lotus-Renault +0m 16.4s
4. Kamui Kobayashi  Sauber-Ferrari +0m 21.9s
5. Sebastian Vettel Red Bull-Renault +0m 23.7s #
6. Sergio Perez Sauber-Ferrari +0m 27.8s
7. Michael Schumacher Mercedes-Mercedes +0m 28.9s
8. Mark Webber Red Bull-Renault +0m 46.9s
9. Nico Hulkenberg  Force India-Mercedes +0m 48.1s
10. Nico Rosberg  Mercedes-Mercedes +0m 48.8s

11. Paul di Resta  Force India-Mercedes +0m 59.2s
12. Daniel Ricciardo  Toro Rosso-Ferrari +1m 11.4s
13. Jean-Eric Vergne  Toro Rosso-Ferrari +1m 16.8s
14. Pastor Maldonado  Williams-Renault +1m 16.9s
15. Vitaly Petrov  Caterham-Renault +1 lap
16. Bruno Senna  Williams-Renault +1 lap
17. Romain Grosjean  Lotus-Renault +1 lap
18. Heikki Kovalainen  Caterham-Renault +2 laps
19 Charles Pic  Marussia -Cosworth +2 laps
20. Pedro de la Rosa  HRT-Cosworth +3 laps
21. Timo Glock  Marussia -Cosworth +3 laps
23. Narain Karthikeyan  HRT-Cosworth +3 laps

Rtd Lewis Hamilton  McLaren-Mercedes 56 laps completed

Fastest lap:

Michael Schumacher  Mercedes-Mercedes 1m 18.725s lap 57

# - denotes 20 second post-race penalty



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan