Nampaknya kaedah untuk membangunkan anak bersahur [Link] yang telah kami gunakan selama ini amat berkesan. Kalau dahulu ia digunakan untuk kakaknya sekarang ia telah diperturunkan untuk adiknya pula. Nampakanya mereka memang cukup serasi dengan cara ini. Alhamdulillah.
Formula [Link] yang ternyata amat berkesan ini tentunya akan kami digunakan sampai bila-bila dan mungkin dengan sedikit penyesuaian dari masa ke semasa akan menjadikannya lebih baik.
Cuma bagi kes Nurin Amani yang baru hendak belajar mengenal puasa, usaha untuk membangunkannya untuk bersahur adalah peringkat pertama yang telah berjaya dilakukan.
Jika Nurin Amani mampu bertahan berpuasa separuh hari pun kami sudah cukup gembira. Maklumlah, kakaknya juga dilatih dengan cara begitu dahulu..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan