BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Julai 2012

iPad Mini Bakal Dilancarkan Oktober 2012

Apple [Link] dijangka akan melancarkan iPad bersaiz mini sekitar Oktober tahun ini menurut laporan Bloomberg. Berita tersebut dikukuhkan lagi oleh beberapa pembekal komponen yang mengesahkan bahawa mereka telah menerima tempahan komponen untuk tujuan pembuatan gadget yang diyakini sebagai iPad Mini [Link].


[Link]

Jika langkah Apple ini menjadi kenyataan tentunya ia adalah tindakan untuk mengukuhkan lagi pasaran tablet yang selama ini didominasi oleh mereka. Langkah tersebut juga dilihat sebagai tindak balas kepada pesaing yang semakin agresif berusaha memasuki pasaran.

Menurut sumber daripada halaman web teknologi yang berpangkalan di China, iPad [Link] dalam versi yang lebih kecil ini diberitakan akan dijual pada harga bermula USD 249 - 299. Agak tinggi  berbanding pesaing terdekatnya Google Nexus 7 dan Kindle Fire.

Pelbagai reaksi diberikan oleh penganalisis. Ada yang mengatakan bahawa dengan pengenalan iPad Mini ini tentunya akan mengukuhkan lagi kedudukan Apple dalam pasaran tablet. Namun begitu ada juga penganalisis pasaran yang menjangkakan bahawa langkah Apple memperkenalkan iPad Mini pada harga yang rendah bakal memakan diri mereka sendiri. Ini kerana iPad Mini dijangka akan memakan pasaran iPad

Apa pun dengan strategi pemasaran yang tepat, ramai berpendapat Apple mampu kekal sebagai peneraju industri dan membuat keuntungan jika tablet ini dapat dijual dengan kuantiti yang cukup besar! Cuma jika berita ini menjadi kenyataan tentunya ia bertentangan dengan kenyataan mendiang Steve Jobs [Link] pada 2010 bahawa:
Commenting on avalanche of tablets heading to market. Just a handful of credible entrants. Almost all use 7" screen, compared to iPad at nearly 10" screen. 7" screen is only 45% as large as iPad's screen. Hold an iPad in portrait view and draw a horizontal line halfway down. What's left is a 7" screen...too small. There are clear limits to how close elements can be on the screen before users can't touch accurately. We believe 10-inch screen is minimum necessary.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan