BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

05 September 2012

Nokia Lumia 920 Tampil Dengan Fungsi Pengecas Tanpa Wayar

Nokia Lumia 920 secara rasminya telah pun dilancarkan oleh Nokia. Model ini akan menjadi model teras Nokia yang menampilkan inovasi terkini diantaranya fungsi mengecas tapa wayar (Wireless Charging). 

Nokia Lumia 920 - Peneraju Inovasi Telefon Pintar

 Tampil Dengan Fungsi Pengecas Tanpa Wayar


Menurut The Verge [Link], fungsi mengecas tanpa wayar yang diperkenalkan oleh Nokia pada Lumia 920 adalah menepati piawaian Qi Wireless Power Consortium [Link]. Bermaksud ianya serasi dan boleh digunakan dengan produk lain yang menggunakan piawaian yang sama.

Nokia Lumia 920 - Dengan Fungsi Wireless Charging & Teknologi PureView

Dilengkapi Dengan Teknologi PureView


Selain daripada itu, Nokia Lumia 920 dilengkapi dengan kamera berteknologi PureView. Desas-desus siri Lumia bakal dilengkapkan dengan teknologi PureView sudah pun berlegar-legar di internet sekitar bulan Mac yang lepas [Link].


Nokia Lumia 920 - Spesifikasi Umum:



Sistem Pengoperasian:
Windows Phone 8

CPU:
Snapdragon™ S4 processor
CPU 1.5 GHz Dual Core 

Saiz:
130.3mm x 70.8mm, Ketebalan: 10.7mm
Berat: 185gram

Paparan:
AMOLED 768 x 1280 pixels, 16.7million
4.5 inci HD (~326 ppi )
Corning Gorilla Glass

Memori:
1GB RAM 
 32 GB memori dalaman,  7GB SkyDrive
Kamera: 
8.7 MP dengan Teknologi PureView
Kamera hadapan: 1.3 MP

Sambungan Data / Wireless:
Near Field Communication (NFC)
Bluetooth 3.1
WiFi Channel Bonding
WLAN IEEE 802.11 a/b/g/n
Qi Wireless charging



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan