BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Jun 2013

F1 - Sebastian Vettel Menang Di Canadian GP 2013

Sebastian Vettel menang di Canadian GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Canadian Grand Prix 2013.

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi podium pertamanya di Litar Gilles Villeneuve, Monteal sepanjang kerjayanya.

Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan Red Bull kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk kemenangan melalui Sebastian Vettel dan kedudukan ke 4 buat Mark Webber. Dengan kemenangan ini, Sebatian Vettel berjaya menjarakkan diri dalam senarai senarai pungutan mata kategori pemandu dengan 132 mata berbanding pencabar terdekatnya, Fernando Alonso dengan 96 mata.

Sebastian Vettel menang di Canadian GP 2013
Sebastian Vettel menang di Canadian GP 2013


Sementara itu, harapan Kimi Raikkonen untuk terus menjadi pencabar kejuaraan semakin pudar kerana sekali lagi tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan pada perlumbaan kali ini. Sudah 2 kali berturut-turut beliau terkeluar pada kedudukan podium sejak perlumbaan di Monaco tempohari. Namun begitu walaupun tidak berada pada kedudukan podium, beliau terus konsisten meraih mata.

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Canadian Grand Prix 2013:

1. Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1hr 32m 09.143s
2. Fernando Alonso Ferrari-Ferrari +00m 14.4s
3. Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes +00m 15.9s
4. Mark Webber Red Bull-Renault +00m 25.7s
5. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes +01m 09.7s
6 Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Ferrari +1 lap
7. Paul di Resta Force India-Mercedes +1 lap
8. Felipe Massa Ferrari-Ferrari +1 lap
9. Kimi Raikkonen Lotus-Renault +1 lap
10. Adrian Sutil Force India-Mercedes +1 lap

11. Sergio Perez McLaren-Mercedes +1 lap
12. Jenson Button McLaren-Mercedes +1 lap
13. Romain Grosjean Lotus-Renault +1 lap
14. Valtteri Bottas Williams-Renault +1 lap
15. Daniel Ricciardo Toro Rosso-Ferrari +2 laps
16. Pastor Maldonado Williams-Renault +2 laps
17. Jules Bianchi Marussia-Cosworth +2 laps
18. Charles Pic Caterham-Renault +3 laps
19. Max Chilton Marussia-Cosworth +3 laps

Rtd Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 63 laps completed
Rtd Nico Hulkenberg Sauber-Ferrari 45 laps completed
Rtd Giedo van der Garde Caterham-Renault 43 laps completed

Fastest lap:

Mark Webber Red Bull-Renault 1m 16.182s lap 69



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan