BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Ogos 2014

F1 - Bila Di Puncak Semuanya Jadi Sukar Buat Pasukan Mercedes AMG Petronas F1

© Sutton Images

Hanya tinggal 7 pusingan sebelum Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 boleh dinobatkan sebagai Juara kategori pengeluar sukan Formula 1 (F1). Berdasarkan kedudukan semasa adalah tidak mustahil ianya mampu disahkan sebelum musim perlumbaan 2014 berakhir.


Memastikan Kedua-dua Jentera Menamatkan Perlumbaan


Untuk memastikan kejuaraan kategori pengeluar menjadi milik mereka, misi utama Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 ialah memastikan bahawa kedua-dua jentera mereka berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan terbaik bagi meraih mata maksimum yang ditawarkan disetiap perlumbaan. Kegagalan salah satu jentera menamatkan perlumbaan akan melambatkan proses tersebut!
 

Nico Rosberg dan Lewis Hamilton


Walaupun secara amnya Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 nampak begitu bagus dan hebat bagi musim 2014 persaingan antara pelumbanya, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton juga semakin hangat. Semuanya berpunca daripada kehebatan jentera mereka pada musim ini yang dikira agak mantap dan kurang bermasalah. Apabila kedua-dua pelumba pasukan ini dibekalkan dengan jentera yang bagus, kedua-duanya dapat beraksi dengan cemerlang. 


Semuanya Serba Tidak Kena 


Memandangkan kedua-duanya beraksi dengan cemerlang, mereka secara tidak langsung mereka menjadi pencabar didalam kategori pemandu. Apabila pencabar kejuaraan adalah dari pasukan yang sama, semuanya sudah menjadi kelam kabut! Disaat ini "Arahan Pasukan" sudah menjadi seperti menyebelahi pelumba yang satu lagi. Semuanya serba tidak kena bagi Pasukan Mercedes AMG Petronas F1


Selesai Kemelut Dengan Professional


Diharap Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 dapat menyelesaikan kemelut antara dua pelumba dengan professional agar kejuaraan yang diidam-idamkan dapat digenggam. Kegagalan menangani masalah pelumba bakal melambatkan peluang untuk merangkul kejuaraan!

2 ulasan:

  1. Sepatutnya biarlah mereka bersaing secara sihat. Aku tahun ni kurang dah tengok F1. Tak menarik dah macam dulu. Ubah sana sini dah jadi macam apa je. Bunyi pun dah tak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pun, pelumba perlu utamakan "Pasukan" dahulu. Capai matlamat pasukan, kemudian baru "fight" untuk diri sendiri. Persaingan terbuka antara pelumba dalam pasukan sendiri tentunya merugikan "Pasukan" tetapi mengembirakan penonton!

      Padam