Selain memperkenalkan iPhone 6, Apple juga memperkenalkan Smart Watch keluarannya secara rasmi. Smart Watch yang telah lama diperkatakan ini dikenali sebagai Apple Watch.
Cuma apabila diperkenalkan tanpa huruf "i" dihadapannya, ianya kelihatan (kedengaran) agak pelik sedikit dan tentunya lari dari kebiasaan Apple. Mungkinkah ini adalah strategi penjenamaan baharu yang ingin diperkenalkan oleh Tim Cook yang mahu keluar dari bayang-bayang Steve Jobs?
![]() |
Apple Watch |
Diperkenalkan Tanpa Huruf "i"
Cuma apabila diperkenalkan tanpa huruf "i" dihadapannya, ianya kelihatan (kedengaran) agak pelik sedikit dan tentunya lari dari kebiasaan Apple. Mungkinkah ini adalah strategi penjenamaan baharu yang ingin diperkenalkan oleh Tim Cook yang mahu keluar dari bayang-bayang Steve Jobs?
![]() |
Apple Watch - There’s no i in Apple’s new Watch |
3 Varian Apple Watch
Terdapat 3 varian Apple Watch iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan Apple Watch Edition. Kesemua varian yang diperkenalkan adalah untuk disesuaikan dengan kegunaan serta gaya individu yang berbeza-beza.
Apple Watch - 3 Varian Diperkenalkan Kepada Umum |
Digital Crown
Seperti jam tangan konvensional, kawalan serta fungsi dikawal sepenuhnya oleh crown. Melalui inovasi, Apple memperkenalkannya sebagai Digital Crown. Semua fungsi Apple Watch dapat dikawal sepenuhnya melalui Digital Crown sama seperti fungsi click wheel yang terdapat pada iPod!
![]() |
Apple Watch - Digital Crown |
Diintegrasikan Dengan SIRI
Apple Watch juga diintegrasikan dengan sepenuhnya dengan SIRI yang membolehkan penggunanya berinteraksi secara langsung.
Peranti Kesihatan Dan Senaman
Antara sebab utama kenapa Apple watch patut dimiliki ialah fungsi sebagai peranti kesihatan dan senaman yang membolehkan pengguna mengawasi kualiti aktiviti fizikal yang dilakukan.
![]() |
Apple Watch - Peranti Kesihatan dan Senaman |
Selain daripada itu Apple watch juga mampu menganalisa kesemua data-data yang diperolehi dan boleh memberi cadangan tentang aktiviti yang sesuai yang perlu
dilakukan untuk membolehkan penggunanya mencapai matlamat yang
diinginkan.
Walau bagaimanapun, Apple Watch hanya akan mula dipasarkan pada awal tahun 2015.
idaman suamiku ni ....
BalasPadamDah boleh simpan duit.. Beli untuk hadiah birthday dia nanti :)
Padam