BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 Oktober 2011

Samsung dan Apple - Kisah Cinta Pelik

Kadang-kadang situasi pelik boleh berlaku didalam hubungan perniagaan. Contoh yang paling unik sekarang ialah antara dua entiti perniagaan yang terkenal iaitu Samsung dan Apple. Perhubungan ini boleh diibaratkan umpama Kisah Cinta Pelik!

Dibeberapa buah pasaran, Apple telah berjaya mendapatkan perintah mahkhamah untuk menghalang Samsung daripada menjual Samsung Galaxy Tab 10.1 dan 3 buah model Smartphone keluarannya. Antara pasaran yang berjaya disekat oleh Apple ialah Australia dan  Belanda. 

Namun disebalik semua itu, Samsung sebenarnya merupakan pembekal utama komponen kepada Apple dan antara komponen utamanya ialah unit pemprosesan pusat A4 dan A5 untuk pembuatan iPhone dan iPad! Situasi yang agak pelik diantara pelanggan dan pembekal. Saling saman menyaman antara keduanya tetapi masih berjaya mengekalkan hubungan perniagaan yang erat.

Dalam masa yang sama, Samsung sebenarnya sudah pun berjaya memintas Apple dalam segmen smartphone apabila berjaya menjual sebanyak 20 juta unit berbanding Apple yang menjual sebanyak 17 juta unit. 

Sebagai jawapan kepada iPhone 4S, Samsung memperkenalkan Galaxy Nexus yang menggunakan versi terbaharu sistem pengoperasian Andriod 4.0 a.k.a  "Ice Cream Sandwich".  Diberitakan ia akan memasuki pasaran pada November ini.



Samsung menggunakan kelebihan yang ada padanya iaitu kecekapan kilang pengeluarannya  serta keputusan eksekutif yang pantas dalam mengejar Apple dan akan menggunakan strategi yang sama seperti Apple untuk lebih agresif  dalam menggunakan proses undang-undang dan makhamah untuk menghalang penjualan produk pesaing serta mempertahankan "paten".

Apa yang dituntut oleh Samsung terhadap Apple adalah pembayaran royalti untuk teknologi telekomunikasi mudah alih iaitu sebanyak 2.4 peratus daripada setiap unit produk Apple yang dijual. Sama ada tuntutan ini berjaya atau tidak, Samsung sudahpun menjadi ancaman utama terhadap Apple secara langsung.


Kredit,  Financial Times & Wired.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan