BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Disember 2011

Apple Bakal Melancarkan iPad 3 Pada 24 Februari 2012?

Apple Inc bakal melancarkan iPad generasi ketiga atau iPad 3 pada 24 Februari 2012 bersempena dengan hari lahir pengasas syarikat itu iaitu Steve Jobs menurut satu laporan akhbar dari Taiwan.



Menurut Economic Daily News, melalui pelbagai sumber dalaman yang boleh dipercayai. Tarikh besar tersebut telah pun ditetapkan dan dipercayai untuk penghantaran kumpulan pertama iPad 3 adalah sebanyak 4 juta unit.

Vendor tempatan yang terlibat dalam pemasangan iPad 3 seperti Hon Hai Precision Industry Co, Cheng Uei Precision Industry Co, Genius Electronic Optical Co dan beberapa syarikat yang lain akan memendekkan Cuti Musim Bunga selama 5 hari bagi membolehkan mereka kembali bekerja awal untuk menyiapkan tempahan, tambah laporan akhbar itu lagi.

Untuk rekod, sebelum ini Apple Inc memperkenalkan iPad pada 27 Januari 2010 dan  iPad 2 pada 3 Mac 2011.

Sumber, The Daili Chili


Tiada ulasan:

Catat Ulasan