Cerita Tentang [
Gadget
]

Playstation Vita - Penyelamat Sony?


Sony Computer Entertainment Inc. secara rasminya telah melancarkan Playstation Vita untuk pasaran domestik Jepun pada 17 Disember 2011.

Sebaik sahaja pengumumannya mengenai penjualannya, para peminat tegarnya telah beratur bagi mendapatkannya seawal pagi lagi untuk menjadi kumpulan yang pertama memilikinya.

Pihak Sony menjangkakan Playstation Vita akan mendapat sambutan hebat daripada peminatnya dan seterusnya mampu membantu mengurangkan kerugian USD1 billion yang baharu sahaja diumumkan untuk tahun berakhir Mac 2012 yang juga merupakan kerugian syarikat untuk tahun ke 4 berturut-turut.

Pelancaran Playstation Vita merupakan pelancaran produk terbesar yang dilakukan oleh pihak Sony selepas pelancaran Playstation 3, 5 tahun yang lepas. Selain itu, pelancaran ini juga disertakan dengan pelancaran 24 tajuk permainan terbaharu yang menyokong Playstation Vita dan pelancaran ini merupakan pelancaran terbesar dalam sejarah Sony.

Fungsi Menarik Pada Playstation Vita:
Sambungan 3G/WiFi

Fungsi 3G dan WiFi yang membolehkan permainan kompetetif dalam talian dilakukan, menghantar serta menerima mesej permainan secara langsung dan mengetahui kedudukan terkini melalui "Real-time Score" serta "Ranking News Feed".

Kamera Hadapan dan Belakang

Membolehkan pemain menambah lagi keseronokkan bermain dengan mengintegrasi diri ke dalam permainan dan berinteraksi.

Cross Play

Membolehkan permainan yang dimulakan di Playstation 3 kemudian disambung kembali melalui di Playstation Vita. Playstation Vita juga membenarkan pemain menyertai sesi multiplayer Playstation 3.

Dalam usaha Sony memulihkan prestasi kewangannya, pelancaran Playstation Vita dilihat sebagai kayu pengukur untuk Sony menguji sejauh manakah pengaruh pasaran mereka dikalangan pemain permainan mudah alih tegar (Hardcore Gamers) serta menarik peminat baru.

Pasaran permainan mudah alih untuk pemain kasual seperti permainan Angry Birds telah berkembang dan meningkat dengan drastiknya sejak popularnya komputer tablet  dan telefon pintar yang dikuasai oleh Apple dan Android.

Nampkanya gergasi seperti Sony juga turut terjejas dengan peningkatan populariti komputer tablet dan telefon pintar! Mampukah Playstation Vita menjadi penyelamat Sony? Sama-sama kita tunggu data jualannya apabila ia dipasarkan ke seluruh dunia mulai tahun hadapan.


Berikut adalah Spesifikasi Playstation Vita :


CPU ARM® Cortex™- A9 core (4 core)
GPU SGX543MP4+
External Dimensions Approx. 182.0 x 18.6 x 83.5mm (width x height x depth)
(tentative, excludes largest projection)
Screen (Touch Screen) 5 inches (16:9), 960 x 544, Approx. 16 million colors, OLED
Multi touch screen (capacitive type)
Rear Touch Pad Multi touch pad (capacitive type)
Cameras Front camera, Rear camera
Sound
Built-in stereo speakers
Built-in microphone
Sensors Six-axis motion sensing system (three-axis gyroscope,
three-axis accelerometer), Three-axis electronic compass
Location Built-in GPS
Wi-Fi location service support
Keys / Switches PS button
Power button
Directional buttons (Up/Down/Righ /Left)
Action buttons (Triangle, Circle, Cross, Square)
Shoulder buttons (Right/Left)
Right stick, Left stick
START button, SELECT button
Volume buttons (+/-)
Wireless Communications Mobile network connectivity (3G)
IEEE 802.11b/g/n (n = 1x1)(Wi-Fi)(Infrastructure mode/Ad-hoc mode)
Bluetooth® 2.1+EDR (A2DP/AVRCP/HSP)










Kredit, Associated Press, Playstation


Tags:
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment