BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

14 Januari 2012

Sony Tablet S - Umpama Lipatan Majalah

Pihak Sony telah mengumumkan bahawa tablet pertama keluarannya yang dikuasai oleh sistem pengoperasian Android dan dikenali sebagai Tablet S akan berada dipasaran Malaysia pada Februari 2012.

Tablet bersaiz 9.4 inci itu menampilkan rekabentuk yang agak radikal berbanding pesaingnya. Keunikan rekabentuknya seolah-olah diinspirasikan oleh lipatan majalah dan ini dapat dibuktikan apabila ketebalannya tablet ini adalah tidak sekata dari bahagian atas dan kebawah. Ketebalan dibahagian atas adalah 20.66mm manakala dibahagian bawah adalah 10.1mm.


Rekabentuk uniknya umpama lipatan majalah memberikan keselesaan kepada pengguna untuk menaip dan melihat paparan pada skrin apabila diletakkan diatas permukaan yang rata.


Spesifikasi Sony Tablet S adalah seperti berikut:




Unit Pemprosesan Pusat
nVidia Tegra 2
Sistem Pengoperasian
Android 3.2 Honeycomd

Boleh dikemaskini kepada Android 4.0 - Ice Cream Sanbdwich
 
Fungsi Lain
Playstation Certified - Pengguna boleh memainkan permainan Playstation Klasik pada Tablet ini.

Boleh berfungsi sebagai Remote Control untuk peranti seperti TV dan Pemain Blue Ray.

Boleh digunakan untuk memainkan muzik dan video kepada TV yang menyokong teknologi DLNA.
 



Sony Tablet S bakal didatangkan dengan model berkapasiti 16GB dan 32GB. Jangka hayat bateri adalah selama 6 jam untuk penggunaan biasa seperti melayari halaman web dan menonton video.

Harga untuk pasaran Malaysia belum diumumkan lagi tetapi untuk pasaran Amerika Syarikat ianya dijual pada USD 499.99.

---------
Nampaknya bulan Februari ini adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh para peminat gadget. Dikhabarkan Apple iPad 3 bakal dilancarkan pada bulan tersebut.


Sumber - TechCentral


Tiada ulasan:

Catat Ulasan