Now Reading [
Sakit
] News

Sakit Adalah Sesuatu Yang Tidak Dijangka

Pulang dari kerja semalam, Saya singgah di Hospital Pakar Putri, Johor Bahru untuk melawat seorang rakan sekerja yang sakit.


Masih tidak diketahui punca dan jenis penyakit yang dihidapi kerana esok baharulah beliau dijadualkan untuk menjalani beberapa ujian lanjut. Namun begitu sesuatu yang tidak disangka-sangka telah ditemui semasa ujian awal yang telah dilakukan oleh Doktor. 

Rupa-rupanya selama ini beliau telah menghidap diabetes tanpa menyedarinya. Nampaknya belum pun selesai masalah yang sedang dihadapi, satu masalah lagi datang menimpanya.

Memang berat dugaan yang beliau hadapi. Diharap beliau dapat menghadapi situasi yang tidak terduga ini dengan penuh ketenangan. Dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini, sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan adalah penting. 

Semoga mereka yang berada disekelilingnya faham akan situasi beliau dan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau. Bagi yang masih sihat, boleh ambil iktibar daripada kisah ini untuk belajar menghargai hidup.

Sakit adalah sesuatu yang tidak dijangka.












Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment