BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 Ogos 2012

Samsung dan Apple - Pengakhiran Terhadap Kisah Cinta Pelik

Sekitar bulan Oktober 2011, saya ada menulis mengenai kisah kedua buah syarikat gergasi yang mempunyai perhubungan perniagaan yang agak unik [Link]. 

Setelah mengharungi beberapa siri pertikaian didalam makhamah dibeberapa buah negara, akhirnya ia mencapai kemuncaknya.


[Link]

Pengakhiran kepada kisah ini akhirnya terjawab dan memihak kepada Apple.

Apple dan Saman


Sebenarnya masih banyak lagi kes yang melibatkan Apple dan lain-lain syarikat berasaskan teknologi yang masih belum diselesaikan.

Merujuk kepada infografik yang disediakan oleh Reuters ini, ternyata Apple sememangnya menyasarkan syarikat-syarikat yang membangunkan produk berasaskan Android.


Namun begitu tidak semua kes memihak kepada Apple. Pada tahun 2011, Nokia antara yang berjaya menewaskan Apple apabila paten yang merujuk kepada teknologi transmisi data, penambahbaikan kualiti panggilan serta bluetooth berjaya dibuktikan dengan jelas adalah milik Nokia [Link].

Paten Sebagai Benteng Pertahanan


Apa pun isunya, para pemain teknologi sememangnya sedar dalam dunia yang semakin mencabar ini, hanya teknologi berserta paten yang sah mampu menjadi benteng pertahanan yang ampuh bagi sesebuah syarikat dan organisasi untuk terus relevan dalam pasaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan