Cerita Tentang [
Pengurusan Kewangan
]

Duit Poket - Mencatat Penerimaan Dan Perbelanjaan

Mencatat Perbelanjaan dan Penerimaan - Asas Kewangan Peribadi
Seminggu telah berlalu, eksperimen duit poket [Link] yang saya lakukan pada Nurin Iman nampaknya berjalan dengan lancar.

Cuma beliau masih kabur dengan istilah perakaunan yang saya gunakan. Jadi saya mudahkan lagi istilah-istilah tersebut untuk lebih mudah difahami. 
 
Lagipun perbelanjaan anak yang berusia 9 tahun tidaklah terlalu rumit! Cuma membeli di kantin sekolah dan kadangkala di kedai runcit berhampiran kediaman. 

Setiap kali beliau menerima duit poket, saya minta Nurin Iman menulis pada catatannya sebagai "Abah" manakala setiap kali dia melakukan perbelanjaan membeli makanan saya memintanya menulis sebagai "makan".




Misi utama sekarang ialah untuk membiasakan Nurin Iman supaya mencatat segala aktiviti yang berkaitan penerimaan dan perbelanjaan. Harap beliau dapat melakukannya dengan baik.


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment