BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 April 2014

F1 - Lewis Hamilton Menang Di Chinese GP 2014

Lewis Hamilton [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Chinese Grand Prix 2014

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan pole. Memimpin perlumbaan dari awal dan seterusnya menamatkan perlumbaan pada kedudukan pertama untuk memastikan kemenangan 100% pasukan Mercedes AMG Petronas F1 untuk musim 2014.

Manakala untuk misi peribadi, ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat Lewis Hamilton.

F1 - Lewis Hamilton Menang Di Chinese GP 2014

 

Kemenangan 1 & 2


Kemenangan 1 dan 2 di Chinese Grand Prix 2014 merupakan keputusan cemerlang buat kedua-dua pelumba Mercedes AMG Petronas F1, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.

Dominasi yang ditunjukkan oleh pasukan ini telah menjadikan pasukan ini sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai musim 2014 bagi kedua-dua kategori pengeluar dan pelumba.


Battle: Sebastian Vettel vs  Daniel Ricciardo Lap 26 - Chinese GP 2014


Kebangkitan Pasukan Ferrari


Namun begitu pada perlumbaan kali ini, pasukan Ferrari telah menunjukkan peningkatan dari segi prestasi. Jentera Ferrari yang dipandu oleh Fernando Alonso telah berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ketiga.

Berdasarkan catatan masa, prestasi jentera pasukan Scuderia Ferrari Santender tidaklah begitu ketinggalan berbanding Mercedes AMG Petronas F1.


Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Chinese Grand Prix 2014:

1. Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes 1hr 33m 28.338s
2. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes +00m 18.0s
3. Fernando Alonso Ferrari-Ferrari +00m 23.6s
4. Daniel Ricciardo Red Bull-Renault +00m 27.1s
5. Sebastian Vettel Red Bull-Renault +00m 47.8s
6. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes +00m 54.3s
7. Valtteri Bottas Williams-Mercedes +00m 55.7s
8. Kimi Raikkonen Ferrari-Ferrari +01m 16.3s
9. Sergio Perez Force India-Mercedes +01m 22.6s
10. Daniil Kvyat Toro Rosso-Renault +1 lap

11. Jenson Button McLaren-Mercedes +1 lap
12. Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Renault +1 lap
13. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes +1 lap
14. Pastor Maldonado Lotus-Renault +1 lap
15. Felipe Massa Williams-Mercedes +1 lap
16. Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari +1 lap
17. Jules Bianchi Marussia-Ferrari +1 lap
18. Kamui Kobayashi Caterham-Renault +1 lap
19. Max Chilton Marussia-Ferrari +2 laps
20. Marcus Ericsson Caterham-Renault +2 laps

Rtd Romain Grosjean Lotus-Renault 30 laps
Rtd Adrian Sutil Sauber-Ferrari 7 laps


Fastest lap:

Nico Rosberg Mercedes-Mercedes 1m 40.402s lap 39

Tiada ulasan:

Catat Ulasan