BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Bazar JB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bazar JB. Papar semua catatan

25 Januari 2015

Januari 25, 2015

Mahu Kelainan? Jom Cuba Aiskrim Pasu!

Kami ke Bazar JB semalam. Pengunjung tempatan lebih mengenali tempat ini dengan nama Pasar Karat. Sebenarnya, ini adalah aktiviti biasa bagi kami sekeluarga. Jalan-jalan di hujung minggu. Namun begitu, kali ini ada sesuatu yang menarik perhatian kami.


Aiskrim Pasu - Kena Beratur Panjang Untuk Mendapatkannya
Aiskrim Pasu - Kena Beratur Panjang Untuk Mendapatkannya


Bila Ramai Orang Beratur..



Bila lihat ramai orang beratur, tentu ada sesuatu yang istimewa dan "trending" sedang berlaku. Rupa-rupanya mereka ini sedang beratur untuk membeli Aiskrim Pasu!



Aiskrim Pasu (Flower Pot Ice Cream) - Versi Pasar Karat
Aiskrim Pasu (Flower Pot Ice Cream) - Versi Pasar Karat



Jumpa Aiskrim Pasu Di Pasar Karat!



Tak sangka pula boleh terjumpa Aiskrim Pasu di Pasar Karat. Pun begitu, saya sebenarnya selalu terlihat gambar-gambar asikrim ini di Instagram.



Aiskrim Pasu - Macam Mana Rasanya?
Aiskrim Pasu - Macam Mana Rasanya?


Teruja Untuk Mencuba Aiskrim Pasu



Seperti biasa yang teruja tentulah anak-anak. Tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya. Sanggup beratur bersama-sama orang lain untuk mendapatkannya.



Aiskrim Pasu - Kakak Suka & Adik Tak!
Aiskrim Pasu - Kakak Suka & Adik Tak!


Reaksi anak-anak selepas menikmati Aiskrim Pasu



Berikut adalah reaksi spontan anak-anak ketika ditanya mengenai Aiskrim Pasu yang telah dinikmati oleh mereka:

Kakak- Sedap! Kalau boleh mahu tambah lagi.
Adik - Rasa macam makan pasir! (Merujuk kepada "topping" Oreo kisar)


Aiskrim Pasu - Inovasi Persembahan Produk Makanan



Nampaknya isu berkaitan dengan citarasa sememangnya ada pro dan kontra. Ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Namun begitu, inovasi pada persembahan terhadap produk makanan tentunya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan pada masa-masa yang akan datang. Untuk RM5 dan pengalaman merasai keunikkan adalah sesuatu yang "priceless".


13 Disember 2010

Disember 13, 2010

Bazar JB - Ada Peniaga Menjual Arnab!

Sudah agak lama kami tidak ke Bazar JB. Nampaknya sudah banyak perubahan yang berlaku. Yang pastinya, bilangan peniaga sudah bertambah ramai dan semakim sukar mendapatkan tempat letak kereta.

Cuma yang tidak seronoknya identiti asal Bazar JB yang didominasi oleh peniaga barang-barang "vintage"  sudah semakin terhakis akibat limpahan peniaga yang berniaga barangan ciplak! Tentunya ini merupakan perkembangan yang tidak berapa sihat dan perlu ada kawalan oleh agensi yang berkaitan.


Bazar JB - Ada Peniaga Menjual Arnab!



Namun begitu, seakan ada tarikan baharu di Bazar JB kerana terdapat seorang peniaga yang menjual haiwan peliharaan.  Tentunya penjual ini berjaya menarik perhatian pengunjung terutamanya kanak-kanak untuk singgah sebentar bermesra dengan arnab-arnab yang dijual.


Bazar JB - Mahal Juga Arnab Ni.. Ingatkan Murah!

Akibat begitu asyik bermain dengan arnab-arnab ini, kedua-dua anak kami tidak mahu pulang ke rumah terutama Nurin Amani. Puas cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak sanggup meninggalkan arnab-arnab yang comel itu. 

Dalam pada cuba memujuk Nurin Amani, Azza terdengar seorang pengunjung bertanya kepada si penjual harga seekor arnab tersebut.. Kalau tidak silap pendengarannya, si penjual menyatakan harga seekor ialah RM180!!

Kalau sudah terpikat dengan kecomelan haiwan tersebut, RM180 tu apalah sangat...

05 Julai 2010

Julai 05, 2010

Bazar JB - Singgah Sebentar..

Tempohari, Kami ke Bazar JB lagi. Kami melalui jalan di hadapan Pejabat POS Besar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Selalunya apabila melalui jalan tersebut mata sudah pastilah tertumpu pada pancuran air dihadapan bangunan tersebut dan selalunya ia tidak dihidupkan. Ianya memang cantik kalau dihidupkan terutamanya di waktu malam!




Kami bernasib baik, pada hari tersebut ia dihidupkan! Peluang tersebut tidak Kami lepaskan. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di situ.




Seingat kami, Nurin Iman pernah bergambar di situ dahulu. Jadi kali ini ia khas buat Nurin Amani.



Kedua-dua anak Kami sangat gembira semasa berada di situ. Cuma Kami terpaksa berhati-hati memerhatikan mereka kerana persekitarannya agak licin dan jika tidak berhati-hati mudah sahaja untuk terjatuh!


31 Mac 2010

Mac 31, 2010

Bazar JB - Kami Kembali Lagi!

Sebaik sahaja meninggalkan dari Restoran Sedap Corner, kami terus menuju ke Danga Bay. Lebih kurang setengah jam di sana, kami dapati tiada apa yang menarik. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk Bazar JB. Kali terakhir ke sana ialah sekitar Februari 2009 - [Link] Kini, kami kembali lagi!

Pada masa itu memang tidak ramai peniaga berniaga di situ tetapi kini bilangan peniaga sudah semakin bertambah dan keadaan mulai sesak. Bila sudah ramai peniaga dan pengunjung, tempat meletak kenderaan pula menjadi satu masalah besar!


Bazar JB - Peniaga Barangan Permainan Terpakai