BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

14 September 2012

Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak

Dicipta hanya untuk kanak-kanak, Tablet Tabeo menggabungkan teknologi canggih, fungsi dan reka bentuk yang anggun dengan kawalan ibu bapa dan ciri-ciri keselamatan yang mesra kanak-kanak.

Tablet khusus untuk kanak-kanak sudah boleh ditempah di Toys 'R' Us, Amerika Syarikat pada harga USD 149.99 dan penghantaran pertama akan dilakukan pada 1 Oktober 2012.

Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak
[Link]

Menampilkan skrin sesentuh bersaiz 7 inci, 50 aplikasi popular yang mesra kanak-kanak dan penyambungan Wi-Fi, tablet ini  sedia untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran dan melayari halaman web.

Tablet Sebenar Untuk Kanak-kanak


Tablet ini menggunakan sistem pengoperasian Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dan disokong dengan lebih daripada 7,000 aplikasi percuma tersedia untuk dimuat turun. Dilengkapi dengan pembesar suara terbina dalam, mikrofon, G-sensor dan kamera dibahagian hadapan serta dilengkapi dengan fungsi biasa yang terdapat pada tablet sebenar.

Fungsi Tetapan Kawalan


Memandangkan tablet ini dicipta khusus untuk kegunaan kanak-kanak, tablet ini juga dilengkapi oleh pelayar terbina dalam yang selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Kawalan tetapan untuk pelayar ini boleh tentukan sepenuhnya oleh ibu bapa termasuklah pilihan untuk menetapkan kawalan keselamatan Internet yang berbeza untuk sehingga lapan pengguna atau membenarkan akses Internet sahaja pada hari-hari tertentu atau pada masa-masa tertentu dalam sehari. Secara langsung dapat membantu kanak-kanak mengalami pengalamaan yang menyeronokkan dan selamat.

Tabeo - Spesifikasi Umum:



Sistem Pengoperasian:
Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)

CPU:
ARM Cortex A8 @ 1 GHz

Saiz:
223 mm x 142 mm x 12.2 mm
Berat: 380 g

Paparan:
Skrin sesentuh 7  inci 
800 x 480

Memori:
1GB RAM 

Kamera: 
Kamera hadapan

Sambungan Data / Wireless:
WiFi (802,11 b / g / n)
USB 2.0



Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak

Selamatkan telefon pintar dan tablet anda daripada penderaan berterusan. Dapatkan anak-anak anda Tabeo untuk ketenangan jiwa! :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan