Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi daripada hotel penginapan di Hanoi untuk menuju ke Halong Bay. Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam. Disepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan sawah padi diselang seli dengan kawasan perumahan dan perindustrian.
Terdapat 2 cara untuk ke Halong Bay. Yang pertama adalah melalui jeti yang terletak di Halong City dan yang kedua melalui jeti yang terletak di Pulau Tuan Chau. Kami menggunakan Tuan Chau International Marina Station yang terletak di Pulau Tuan Chau untuk ke Halong Bay.
Tuan Chau International Marina Station |
Terdapat 2 cara untuk ke Halong Bay. Yang pertama adalah melalui jeti yang terletak di Halong City dan yang kedua melalui jeti yang terletak di Pulau Tuan Chau. Kami menggunakan Tuan Chau International Marina Station yang terletak di Pulau Tuan Chau untuk ke Halong Bay.
Bot bersedia untuk berlepas dari marina |
Pada mulanya memang tidak dapat menjangka apa yang bakal ditawarkan disana. Namun begitu sebagai pelancong, hati perlu sentiasa terbuka untuk menerima dan bereksperimentasi.
Penumpang sedang disusun |
Halong Bay
Serba sedikit tentang Halong Bay. Ia terletak kira-kira 170 km ke timur Bandaraya Hanoi iaitu lebih kurang 4 jam perjalanan dan merupakan kawasan tarikan perlancongan terkenal.
Sama macam dalam duit 200,000 Dong! |
Halong Bay telah mendapat pengiktirafan UNESCO bagi kategori alam semulajadi pada tahun 1994 dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 keajaiban baharu dunia.
Bermalam Di Halong Bay!
Kami telah dijadualkan untuk bermalam di sana. Lebih-lebih lagi apabila diberitahu akan bermalam di atas kapal, perasaan menjadi bercampu baur. Ini merupakan pengalaman baharu buat kami kerana kebanyakkan daripada kami tidak pernah bermalam di laut. Namun begitu tetap yakin bahawa ia bakal menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.
Menuju ke V' Spirit Classic Cruise |
V' Spirit Classic Cruise
Namun bila melihat Cruise tempat kami bermalam, semuanya bertukar menjadi lega. Segala kerisauan telah hilang. Ia merupakan sebuah kapal yang agak besar!
Kami berada diatas sekali! |
Keadaan didalam cruise ini tidaklah seteruk seperti yang kami bayangkan pada awalnya. Semua cukup sempurna dan menyakinkan.
Walaupun cruise ini diperbuat daripada kayu dan kelihatan klasik, ia adalah sebuah cruise serba moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Bilik tidur yang cukup selesa |
Walaupun cruise ini diperbuat daripada kayu dan kelihatan klasik, ia adalah sebuah cruise serba moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Aktiviti Di Halong Bay
Aktiviti hari pertama di sini sebaik tiba adalah merangkumi lawatan ke tempat-tempat menarik yang ada sekitar perairan Halong Bay.
- Luon Cave
Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah berkayak dan menaiki sampan melalui gua. Diberitahu bahawa gua ini hanya boleh dilalui ketika air surut.
Berkayak jika mahu berpeluh! |
- Soi Sim Island
Aktiviti yang disarankan apabila tiba di pulau ini ialah bersantai di kawasan pantai, berenang dan memanjat bukit.
Pemandangan dari puncak bukit |
Bagi yang memilih untuk memanjat bukit, permandangan yang ditawarkan sememangnya amat berbaloi dengan kadar kesukaran yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak!
- Mencandat Sotong
Aktiviti yang dilakukan sebaik sahaja selesai makan malam. Namun bagitu waktu yang paling sesuai sebenarnya ialah sekitar tengah malam.
Saya dapat seekor! |
Aktiviti hari kedua diteruskan lagi dengan melawat tempat-tempat menarik yang ada disekitar perairan Halong Bay:
- Sung Sot Cave
Dikatakan merupakan salah satu gua yang tercantik yang ada di sekitar kawasan Halong Bay. Gua ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahannya.
Perlu membeli tiket untuk masuk |
Dibahagian dalam gua ini agak menakjubkan. Kewujudan stalakmit dan stalaktit yang disinari dengan lampu sorot yang berwarna warni untuk menyerlahkan lagi keindahannya.
Menghayati keindahan stalakmit dan stalaktit |
Dibahagian luarnya pula kita sekali lagi disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik serta menenangkan dari luar pintu gua.
Pemandangan dari luar pintu gua |
Kesimpulannya
Berada di Halong Bay sememangnya satu pengalaman yang amat mengujakan. Ini adalah destinasi pelancongan di Vietnam yang berkelas dunia. Pengiktirafan oleh UNESCO telah menyebabkan ia terkenal di seluruh dunia.
Bagi yang sudah sampai ke Hanoi tetapi tidak ke Halong Bay memang sesuatu yang merugikan!
Puas hati jugak aktiviti yang boleh dilakukan dekat situ.
BalasPadamYang itu yang wajib buat. Ada lagi aktiviti tambahan lain kalau larat nak buat.
PadamWokey dokey.. masuk dalam bucket list lah cam nie :D
BalasPadam:) Bila nak pegi Vietnam bro?
PadamBest jugak aktiviti yang boleh dilakukan kat Halong Bay..
BalasPadamTempat yang tidak dicemar.. Mesti udara pun segar..
Macam-macam ada :)
PadamTempat tenang dan santai jauh dari hiruk piruk ibu kota memang cukup menenangkan..
Hanoi + Halong Bay . ...pemandangan yang menakjubkan
BalasPadamYa.. Betul :) Kalau boleh nak ke sana lagi!
PadamSaya mmang dah lma nk pi pulau nie,boleh bantu x cara nk pi sana,u ambik package ker,klw saya dr kL hanoi ker,atau trus ke ha long bay,pls bgi info,bab saya slalu pi sorg2,saya slalu ambik info dr blog2 jer,
BalasPadam