BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 September 2014

Halong Bay - Satu Pengalaman Yang Mengujakan

Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi daripada hotel penginapan di Hanoi untuk menuju ke Halong Bay.  Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam. Disepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan sawah padi diselang seli dengan kawasan perumahan dan perindustrian.



Halong Bay - Tuan Chau International Marina Station
 Tuan Chau International Marina Station


Terdapat 2 cara untuk ke Halong Bay. Yang pertama adalah melalui jeti yang terletak di Halong City dan yang kedua melalui jeti yang terletak di Pulau Tuan Chau. Kami menggunakan Tuan Chau International Marina Station yang terletak di Pulau Tuan Chau untuk ke Halong Bay.



Halong Bay - Menaiki Bot Melalui Tuan Chau International Marina Station
Bot bersedia untuk berlepas dari marina


Pada mulanya memang tidak dapat menjangka apa yang bakal ditawarkan disana. Namun begitu sebagai pelancong, hati perlu sentiasa terbuka untuk menerima dan bereksperimentasi.



Halong Bay - Menaiki Bot Kecil Untuk Ke Bot Besar (Cruise)
Penumpang sedang disusun



Halong Bay


Serba sedikit tentang Halong Bay. Ia terletak kira-kira 170 km ke timur Bandaraya Hanoi iaitu lebih kurang 4 jam perjalanan dan merupakan kawasan tarikan perlancongan terkenal.


Halong Bay - Gambar Diabadikan Pada Not 200,000 Dong!
Sama macam dalam duit 200,000 Dong!


Halong Bay telah mendapat pengiktirafan UNESCO bagi kategori alam semulajadi pada tahun 1994 dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 keajaiban baharu dunia.


Bermalam Di Halong Bay!


Kami telah dijadualkan untuk bermalam di sana. Lebih-lebih lagi apabila diberitahu akan bermalam di atas kapal, perasaan menjadi bercampu baur.  Ini merupakan pengalaman baharu buat kami kerana kebanyakkan daripada kami tidak pernah bermalam di laut. Namun begitu tetap yakin bahawa ia bakal menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.



Halong Bay - V' Spirit Classic Cruise Menanti Kunjungan Kami!
Menuju ke V' Spirit Classic Cruise

 

V' Spirit Classic Cruise


Namun bila melihat Cruise tempat kami bermalam, semuanya bertukar menjadi lega. Segala kerisauan telah hilang. Ia merupakan sebuah kapal yang agak besar!


Halong Bay - Berada di puncak V' Spirit Classic Cruise
Kami berada diatas sekali!


Keadaan didalam cruise ini tidaklah seteruk seperti yang kami bayangkan pada awalnya. Semua cukup sempurna dan menyakinkan.


Halong Bay - Bilik Yang Selesa di V' Spirit Classic Cruise
Bilik tidur yang cukup selesa


Walaupun cruise ini diperbuat daripada kayu dan kelihatan klasik, ia adalah sebuah cruise serba moden dan  lengkap dengan pelbagai kemudahan.



Aktiviti Di Halong Bay


Aktiviti hari pertama di sini sebaik tiba adalah merangkumi lawatan ke tempat-tempat menarik yang ada sekitar perairan Halong Bay. 

  •  Luon Cave

Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah berkayak dan menaiki sampan melalui gua. Diberitahu bahawa gua ini hanya boleh dilalui ketika air surut.

Halong Bay - Berkayak melalui Luon Cave
Berkayak jika mahu berpeluh!


  • Soi Sim Island

Aktiviti yang disarankan apabila tiba di pulau ini ialah bersantai di kawasan pantai, berenang dan memanjat bukit. 
 

Halong Bay - Pemandangan dari puncak bukit Soi Sim Island
Pemandangan dari puncak bukit


Bagi yang memilih untuk memanjat bukit, permandangan yang ditawarkan sememangnya amat berbaloi dengan kadar kesukaran yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak!


  • Mencandat Sotong

Aktiviti yang dilakukan sebaik sahaja selesai makan malam. Namun bagitu waktu yang paling sesuai sebenarnya ialah sekitar tengah malam. 


Halong Bay - Mencandat sotong di atas V' Spirit Classic Cruise
Saya dapat seekor!



Aktiviti hari kedua diteruskan lagi dengan melawat tempat-tempat menarik yang ada disekitar perairan Halong Bay:

  • Sung Sot Cave

Dikatakan merupakan salah satu gua yang tercantik yang ada di sekitar kawasan Halong Bay. Gua ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahannya.



Halong Bay - Melawat Sung Sot Cave
Perlu membeli tiket untuk masuk



Dibahagian dalam gua ini agak menakjubkan. Kewujudan stalakmit dan stalaktit yang disinari dengan lampu sorot yang berwarna warni untuk menyerlahkan lagi keindahannya.


Halong Bay - Menghayati keindahan stalakmit dan stalaktit Sun Sot Cave
Menghayati keindahan stalakmit dan stalaktit


Dibahagian luarnya pula kita sekali lagi disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik serta menenangkan dari luar pintu gua.


Halong Bay - Pemandangan dari  Sun Sot Cave
Pemandangan dari luar pintu gua


Kesimpulannya


Berada di Halong Bay sememangnya satu pengalaman yang amat mengujakan. Ini adalah destinasi pelancongan di Vietnam yang berkelas dunia. Pengiktirafan oleh  UNESCO telah menyebabkan ia terkenal di seluruh dunia. 

Bagi yang sudah sampai ke Hanoi tetapi tidak ke Halong Bay memang sesuatu yang merugikan!


9 ulasan:

  1. Puas hati jugak aktiviti yang boleh dilakukan dekat situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang itu yang wajib buat. Ada lagi aktiviti tambahan lain kalau larat nak buat.

      Padam
  2. Wokey dokey.. masuk dalam bucket list lah cam nie :D

    BalasPadam
  3. Best jugak aktiviti yang boleh dilakukan kat Halong Bay..
    Tempat yang tidak dicemar.. Mesti udara pun segar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam ada :)

      Tempat tenang dan santai jauh dari hiruk piruk ibu kota memang cukup menenangkan..

      Padam
  4. Hanoi + Halong Bay . ...pemandangan yang menakjubkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. Betul :) Kalau boleh nak ke sana lagi!

      Padam
  5. Saya mmang dah lma nk pi pulau nie,boleh bantu x cara nk pi sana,u ambik package ker,klw saya dr kL hanoi ker,atau trus ke ha long bay,pls bgi info,bab saya slalu pi sorg2,saya slalu ambik info dr blog2 jer,

    BalasPadam