BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

04 November 2010

November 04, 2010

Perlaksanaan Nisbah Loan-To-Value (LTV) Oleh Bank Negara

Semalam Bank Negara telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan perlaksanaan nisbah maksimum loan-to-value (LTV) sebanyak 70% berkuat kuasa serta-merta, bagi kemudahan pembiayaan rumah ketiga oleh peminjam.  




Perlaksanaan langkah tersebut perlu dibuat kerana Bank Negara ingin mengekang aktiviti spekulasi terhadap pasaran perumahan memandangkan keadaan ekonomi yang semakin pulih. Aktiviti spekulasi ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan harga rumah akan mengalami peningkatan.

Menurut Bank Negara lagi,  

Pelaksanaan nisbah LTV yang disasarkan untuk pembelian rumah ketiga ini dijangka dapat mengurangkan aktiviti pelaburan yang berlebihan serta kegiatan spekulatif dalam pasaran harta kediaman yang telah mengakibatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga purata di lokasi berkenaan. Ini juga telah menyebabkan kenaikan harga rumah di lokasi sekeliling, lantas mengurangkan kemampuan pembelian rumah keseluruhan oleh pembeli rumah yang tulen.
Oleh itu, langkah ini akan terus menyokong matlamat menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia, yang merupakan agenda penting negara.

03 November 2010

November 03, 2010

Iklan Petronas - Deepavali 2010

Antara iklan TV yang ditunggu-tunggu semasa musim perayaan tentunya daripada Petronas. Iklan ini dihasilkan sempena perayaan Deepavali 2010.  Berpeluang untuk menyaksikan Iklan ini pagi tadi di rumah sebelum ke tempat kerja.



Hayati mesej yang hendak disampaikan menerusi iklan ini. Memang tersentuh melihat ikatan kekeluargaan, kasih sayang  antara cucu dan neneknya.


01 November 2010

November 01, 2010

Try And Error

Kadang-kadang untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah dan isu, kaedah "Try and Error" boleh dilakukan.  Dengan menggunakan kaedah ini, kita sebenarnya memberi ruang kepada pasukan atau diri sendiri ruang untuk melakukan kesilapan dalam suasana yang terkawal.


Melakukan kesilapan tidak bertentangan dengan fitrah manusia yang sememangnya tidak sempurna.  Jadi kaedah ini selalunya amat berkesan dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan isu.