BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

18 September 2014

KTM RC200 - Harga Dan Spesifikasi

KTM RC200
KTM RC200

Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd telahpun secara rasminya melancarkan  KTM RC200 di Malaysia. Motosikal yang dikategorikan didalam segmen "Sportbike" ini bakal memasuki pasaran pada bulan Oktober 2014 dan boleh didapati daripada rangkaian pengedarnya di seluruh negara.


KTM RC200 - Ringan & Lincah
KTM RC200 - Ringan & Lincah



Jelmaan Moto3


Apabila melihat imej KTM RC200, terasa seperti ianya adalah jelmaan daripada model perlumbaan Moto3. Tidak seperti model perlumbaan Moto3 yang berkapasiti 250cc, KTM RC200 hanyalah berkapasiti 200cc (199.5cc). 


KTM RC200 - Kecil-kecil cili padi!
KTM RC200 - Pandangan sisi


Kecil-kecil Cili Padi!


Berdasarkan spesifikasi yang diberitahu, kuasa motosikal ini hampir menyamai motosikal berkuasa 250cc yang sudah berada dipasaran. Sememangnya boleh diibaratkan sebagai kecil-kecil cili padi!


KTM RC200 - Tubular space frame
KTM RC200 - Tubular space frame


Namun begitu bagi yang mahukan lebih kuasa, disarankan supaya memilih KTM RC390 yang didatangkan dengan 44hp. Berikut adalah spesifikasi dan harga KTM RC200:


KTM RC200 - Spesifikasi Dan Harga 
Enjin Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair, Spark- Ignition Engine
Isipadu 199.5cc
Gerek x lejang 72mm x 49mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa maksimum 19kW (25HP) 
Suspensi hadapan WP Fork teleskopik  USD
Suspensi belakang WP Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 300mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh
Saiz tangki 10 liter
Berat 137.5kg
Harga RM16,888



Faktor Nisbah Berat Kepada Kuasa 


Sama seperti KTM Duke 200, berdasarkan data teknikal dan spesifikasi KTM RC200 adalah motosikal yang agak ringan berbanding dengan pesaingnya.



KTM RC200 -Memiliki kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa!
KTM RC200 -Memiliki kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa!


Secara tidak langsung menikmati kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa. Faktor inilah yang menyebabkan motosikal ini wajar diberi perhatian serius. Ringan dan berkuasa memudahkan untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan. 


32 ulasan:

  1. Salam,
    tanya sikit,
    agak2, kawasaki ninja 150 rr dpat kejar tak moto ni ( ktm rc200)?
    Sbb tgk dlm youtube top speed kawasaki ninja 150 rr boleh cecah 220.
    ** baru belajar tentang moto
    ** sila beri tunjuk ajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..

      Jawapan mudah = boleh!

      Cuma teknologi enjin berbeza antara keduanya. Ninja 150rr menggunakan enjin 2 lejang manakala RC200 menggunakan enjin 4 lejang.

      Tidak dinafikan enjin 2 lejang lebih berkuasa berbanding 4 lejang. Namun begitu, enjin 2 lejang sudah menghampiri penghujung nyawa berikutan masalah emisi (pencemaran udara & bunyi)

      Trend terkini yang lebih mesra alam adalah enjin 4 lejang. Perlumbaan MotoGP pun sudah beralih sepenuhnya ke penggunaan enjin 4 lejang.

      Sekian.

      Padam
  2. Salam..nak tnye..top speed rc200 brape eh?? Nthen klo nk compare rc 200 dengan ninja 250r fi dari segi power, top speed, handling n fuel consumption mne lebih ok..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berdasarkan kapasiti enjin & data spesifikasi, Ninja 250 lebih berkuasa berbanding RC200.

      Apa pun perbandingan tersebut dilihat kurang adil kerana kedua-duanya berada pada kelas yang berbeza.

      Padam
  3. Antara ktm rc 200 dgn kawasaki z250sl yg mana lagi baik dari segi penggunaan minyak,handling,power,top speed and harga..mohon penjelasan..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasaki Z250SL lebih berkuasa daripada KTM RC200. Perbezaan kuasa adalah sebanyak 3hp. Bagi motorsikal berkapasiti 250 kebawah, peningkatan sebanyak 3hp adalah sangat banyak!

      Padam
  4. Assalamualaikum..
    Nak mnta pndangan, sekiranya nak beli motorsikal bwah 250 cc, jenama apa yg sesuai n tips untuk penunggang beginner. Trima ksih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh mula dengan model ini jika ada "budget" :)

      Yamaha FZ150 pun sudah cukup bagus untuk "beginner" bagi membiasakan diri dengan sistem clutch dan enjin tanpa "kick starter".

      Padam
  5. Lesen b2 boleh pakaikn motor ni?mohon pencerahan

    BalasPadam
  6. Nak tanya..rc200 ni dgn fz150 mana lagi ok?dr segi top speed?minyak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua kategori berbeza tu. Apa pun kalau mahu prestasi pilihan yang tepat ialah RC200.

      Padam
  7. Nak tanya...adakah enjin rc200 cepat panas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaik-baiknya cuba rujuk dahulu pada pusat servis berdekatan.

      Padam
    2. Kalau dalam segi penjimatan minyak pula?

      Padam
    3. Tak banyak "complain" pasal pengunaan minyak. Rasanya OK.

      Padam
    4. RASA2 MINYAK PUN JIMAT..200KM BARU SETENGAH HABIS..

      Padam
  8. Harga KTM rc 200 ade x yg bawah 16 888 seperti 13000?

    BalasPadam
  9. apa beza ketinggian motor rc200 , rc250 dan rc390?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada beza. Semua 820mm (Tinggi pelana)

      Padam
  10. Demak dzm 200 dngan ktm 200rc..
    Beza ketara..tp.mnale lebih bgus

    BalasPadam
  11. Model 200rc dilengkapi ABS x?

    BalasPadam
  12. boleh duduk sorang saja kan ? ke ada sit spare hehehe

    BalasPadam
  13. Dua-dua sesuai ikut budget masing-masing.

    BalasPadam
  14. BOLEH UTK DUA ORANG KE CENA?

    BalasPadam
  15. Harga motor ni untuk 2018 berapa?
    Ada yg kata motor ni semakin murah?
    Btul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Turun harga kerana cost barang yg agak tinggi .. Kenapa tinggi .. Sebab bukan yamaha .. Ktm is the beginner for sport bike senior for cross and scramble master on moto gp class so semua moto ktm ada klass masing2

      Padam
  16. Moto ktm Duke 200 untuk ride santai atau untuk pecutan?

    BalasPadam
  17. Part motor ktm 200 ni mana2 kedai motor ada jual kah?dan motor ni ada penyejuk enjin kah?

    BalasPadam