![]() |
KTM RC200 |
Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd telahpun secara rasminya melancarkan KTM RC200 di Malaysia. Motosikal yang dikategorikan didalam segmen "Sportbike" ini bakal memasuki pasaran pada bulan Oktober 2014 dan boleh didapati daripada rangkaian pengedarnya di seluruh negara.
![]() |
KTM RC200 - Ringan & Lincah |
Jelmaan Moto3
Apabila melihat imej KTM RC200, terasa seperti ianya adalah jelmaan daripada model perlumbaan Moto3. Tidak seperti model perlumbaan Moto3 yang berkapasiti 250cc, KTM RC200 hanyalah berkapasiti 200cc (199.5cc).
![]() |
KTM RC200 - Pandangan sisi |
Kecil-kecil Cili Padi!
Berdasarkan spesifikasi yang diberitahu, kuasa motosikal ini hampir menyamai motosikal berkuasa 250cc yang sudah berada dipasaran. Sememangnya boleh diibaratkan sebagai kecil-kecil cili padi!
![]() |
KTM RC200 - Tubular space frame |
Namun begitu bagi yang mahukan lebih kuasa, disarankan supaya memilih KTM RC390 yang didatangkan dengan 44hp. Berikut adalah spesifikasi dan harga KTM RC200:
KTM RC200 - Spesifikasi Dan Harga | |
Enjin | Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair, Spark- Ignition Engine |
Isipadu | 199.5cc |
Gerek x lejang | 72mm x 49mm |
Transmisi | 6-kelajuan |
Kuasa maksimum | 19kW (25HP) |
Suspensi hadapan | WP Fork teleskopik USD |
Suspensi belakang | WP Monoshock boleh laras |
Brek hadapan | Cakera tunggal 300mm angkup 4-omboh |
Brek belakang | Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh |
Saiz tangki | 10 liter |
Berat | 137.5kg |
Harga | RM16,888 |
Faktor Nisbah Berat Kepada Kuasa
Sama seperti KTM Duke 200, berdasarkan data teknikal dan spesifikasi KTM RC200 adalah motosikal yang agak ringan berbanding dengan pesaingnya.
![]() |
KTM RC200 -Memiliki kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa! |
Secara tidak langsung menikmati kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa. Faktor inilah yang menyebabkan motosikal ini wajar diberi perhatian serius. Ringan dan berkuasa memudahkan untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan.
Salam,
BalasPadamtanya sikit,
agak2, kawasaki ninja 150 rr dpat kejar tak moto ni ( ktm rc200)?
Sbb tgk dlm youtube top speed kawasaki ninja 150 rr boleh cecah 220.
** baru belajar tentang moto
** sila beri tunjuk ajar
W'salam..
PadamJawapan mudah = boleh!
Cuma teknologi enjin berbeza antara keduanya. Ninja 150rr menggunakan enjin 2 lejang manakala RC200 menggunakan enjin 4 lejang.
Tidak dinafikan enjin 2 lejang lebih berkuasa berbanding 4 lejang. Namun begitu, enjin 2 lejang sudah menghampiri penghujung nyawa berikutan masalah emisi (pencemaran udara & bunyi)
Trend terkini yang lebih mesra alam adalah enjin 4 lejang. Perlumbaan MotoGP pun sudah beralih sepenuhnya ke penggunaan enjin 4 lejang.
Sekian.
Salam..nak tnye..top speed rc200 brape eh?? Nthen klo nk compare rc 200 dengan ninja 250r fi dari segi power, top speed, handling n fuel consumption mne lebih ok..tq
BalasPadamBerdasarkan kapasiti enjin & data spesifikasi, Ninja 250 lebih berkuasa berbanding RC200.
PadamApa pun perbandingan tersebut dilihat kurang adil kerana kedua-duanya berada pada kelas yang berbeza.
Antara ktm rc 200 dgn kawasaki z250sl yg mana lagi baik dari segi penggunaan minyak,handling,power,top speed and harga..mohon penjelasan..tq
BalasPadamKawasaki Z250SL lebih berkuasa daripada KTM RC200. Perbezaan kuasa adalah sebanyak 3hp. Bagi motorsikal berkapasiti 250 kebawah, peningkatan sebanyak 3hp adalah sangat banyak!
PadamAssalamualaikum..
BalasPadamNak mnta pndangan, sekiranya nak beli motorsikal bwah 250 cc, jenama apa yg sesuai n tips untuk penunggang beginner. Trima ksih
Boleh mula dengan model ini jika ada "budget" :)
PadamYamaha FZ150 pun sudah cukup bagus untuk "beginner" bagi membiasakan diri dengan sistem clutch dan enjin tanpa "kick starter".
Lesen b2 boleh pakaikn motor ni?mohon pencerahan
BalasPadamBoleh :)
PadamNak tanya..rc200 ni dgn fz150 mana lagi ok?dr segi top speed?minyak?
BalasPadamDua kategori berbeza tu. Apa pun kalau mahu prestasi pilihan yang tepat ialah RC200.
PadamNak tanya...adakah enjin rc200 cepat panas?
BalasPadamSebaik-baiknya cuba rujuk dahulu pada pusat servis berdekatan.
PadamKalau dalam segi penjimatan minyak pula?
PadamTak banyak "complain" pasal pengunaan minyak. Rasanya OK.
PadamRASA2 MINYAK PUN JIMAT..200KM BARU SETENGAH HABIS..
PadamHarga KTM rc 200 ade x yg bawah 16 888 seperti 13000?
BalasPadamADA..
Padamapa beza ketinggian motor rc200 , rc250 dan rc390?
BalasPadamTiada beza. Semua 820mm (Tinggi pelana)
PadamDemak dzm 200 dngan ktm 200rc..
BalasPadamBeza ketara..tp.mnale lebih bgus
Model 200rc dilengkapi ABS x?
BalasPadamTiada ABS.
Padamboleh duduk sorang saja kan ? ke ada sit spare hehehe
BalasPadamDiantara Rc 200 dan Rc 250...mana satu yg sesuai dipakai terima untuk keadaan semasa dengan hargga dan spefikasi yg sesuai...?
BalasPadamDua-dua sesuai ikut budget masing-masing.
PadamBOLEH UTK DUA ORANG KE CENA?
BalasPadamBoleh.
PadamHarga motor ni untuk 2018 berapa?
BalasPadamAda yg kata motor ni semakin murah?
Btul ke?
Turun harga kerana cost barang yg agak tinggi .. Kenapa tinggi .. Sebab bukan yamaha .. Ktm is the beginner for sport bike senior for cross and scramble master on moto gp class so semua moto ktm ada klass masing2
PadamMoto ktm Duke 200 untuk ride santai atau untuk pecutan?
BalasPadamPart motor ktm 200 ni mana2 kedai motor ada jual kah?dan motor ni ada penyejuk enjin kah?
BalasPadam