BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Januari 2015

Mari Meluncur Tanpa Ais di Skating Rink!

Kami memulakan tahun baharu 2015 dengan meluncur di Skating Rink, Sutera Mall. Memang ini bukanlah acara yang menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga. Pun begitu, ini adalah aktiviti menarik untuk memulakan tahun baharu.


Skating Rink, Sutera Mall
Skating Rink, Sutera Mall 


Agak teruja sebenarnya bila mengetahui bahawa berdekatan dengan tempat tinggal kami sudah ada gelanggang meluncur ais yang sudah dibuka. Maklumlah sebelum ini jika mahu meluncur ais sudah tentu gelanggang meluncur ais yang berada di Sunway Pyramid terpampang di dalam kotak fikiran.



Teruja Untuk Memulakan Aktiviti!


Meluncur Tanpa Ais!


Namun begitu, sangkaan kami meleset. Gelanggang meluncur ais yang kami sangkakan itu sebenarnya adalah gelanggang meluncur sintetik! Benar, memang tiada ais. Permukaan gelanggang dibuat menggunakan bahan yang dipercayai polimer yang dibangunkan oleh syarikat Xtraice.



Adik Confident, Kakak Takut-takut! - Meluncur Tanpa Ais
Adik Confident, Kakak Takut-takut!

Jatuh Dan Bangkit Semula Dengan Senyuman!


Tidak kisahlah sama ada ianya ais ataupun bukan. Keseronokkan melakukan aktiviti tersebut menjadi ukuran.





Yang pastinya di gelanggan meluncur ini, tiada siapa yang malu bila terjatuh. Bila bangun muka masih tetap bersemangat dan tersenyum!



Skating Rink @Sutera Mall - Kadar Sejam & Sewa Peralatan
Skating Rink @Sutera Mall - Kadar Sejam & Sewa Peralatan



4 ulasan:

  1. Tak sangka dkt JB dah ada tempat main skating ice..ada masa dah blh bwk anak2 pergi sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Saya pun tak sangka. Walaupun bukan ais, kira OK la daripada tiada! :)

      Padam
    2. Wah seronoknya. Berapa ye harga untuk masuk?

      Padam
    3. Isnin - Khamis (10:30AM - 5:00pm) - Dewasa (RM10) Kanak-Kanak (RM8).
      Isnin - Khamis (5:00PM - 10:00OM) - Dewasa (RM12) Kanak-kanak (RM10)
      Hujung Minggu / Cuti Umum - Dewasa (RM12) Kanak-kanak (RM10)

      Kadar yang dinyatakan adalah untuk sejam tidak termasuk sewa peralatan..

      Padam