BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Mei 2017

Mei 24, 2017

Modenas Pulsar NS200 - Harga Dan Spesifikasi

Khas buat pengguna yang meminati varian "Naked", Modenas kini mempunyai produk yang menarik untuk ditawarkan. Modenas memperkenalkan model Pulsar NS200 yang mempunyai spesifikasi hebat pada harga yang sangat berpatutan.

Modenas Pulsar NS200 sebenarnya berkongsi spesifikasi asas dengan Modenas Pulsar RS200. Perbezaannya ketaranya hanyalah dari segi penampilan (Naked vs Sportbike) manakala perbezaan peralatan adalah sangat minimum.





Modenas Pulsar NS200
Modenas Pulsar NS200



Rekabentuk Moden


Model yang disalin terus daripada model Bajaj Pulsar NS200 ini menampilkan gaya serta rekabentuk moden yang menarik.




Modenas Pulsar NS200
Modenas Pulsar NS200



Tidak Dilengkapi ABS


Walaupun berkongsi spesifikasi dengan Modenas Pulsar RS200, sayangnya model ini tidak dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System).





Modenas Pulsar NS200
Modenas Pulsar NS200


Jika model ini dilengkapkan dengan sistem ABS, sudah tentu ia akan meletakkan satu penanda aras baharu bagi motosikal yang berharga dibawah RM10,000 yang mempunyai ABS!



Sistem Triple Spark


Seperti Modenas Pulsar RS200, motosikal ini juga dilengkapi dengan Sistem Triple Spark. Ini bermaksud bahawa motosikal ini menggunakan 3 palam pencucuh.


Modenas Pulsar NS200
Modenas Pulsar NS200



Kelebihan bagi enjin yang menggunakan sistem ini ialah ia dapat mengoptimumkan pembakaran, menjimatkan bahan api dan seterusnya diterjemahkan kepada kuasa optimum pada peringkat "Top-End".

Manakala keburukannya menggunakan sistem ini ialah, pengguna terpaksa mengeluarkan kos yang lebih ketika melakukan servis!


Tangki Minyak 12 Liter


Motorsikal ini dilengkapi dengan kapasiti tangki minyak yang lebih besar sedikit berbanding pesaing terdekatnya KTM DUKE 200. Secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian.


Berikut adalah spesifikasi bagi Modenas Pulsar NS200:



Enjin Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC (Triple-spark)
Isipadu 199.5cc
Gerek x lejang 72 mm x 49 mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  17.5kW (23.5bhp) @9750rpm
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic dengan Bush Anti Geseran
Suspensi Belakang Monoshock dengan Tabung Nitrox
Brek Hadapan Cakera Tunggal 280mm
Brek Belakang Cakera Tunggal 230mm
Tayar Hadapan 100/80-17 (52P)
Tayar Belakang 130/70-17 (62P)
Saiz tangki 12 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 152 kg*
Harga RM9,222*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.


Rujukan: Modenas / Bajaj Auto

23 Mei 2017

Mei 23, 2017

Modenas Pulsar RS200 - Harga Dan Spesifikasi

Sudah lama perminat Modenas menunggu model-model terbaharu keluaran Modenas. Lebih dinantikan tentunya model "Sportbike" yang secara tradisinya bukanlah kekuatan bagi Modenas.

Penantian tersebut telah berakhir. Modenas secara rasminya telah memperkenalkan Modenas Pulsar RS200 untuk pasaran Malaysia.




Modenas Pulsar RS200
Modenas Pulsar RS200

Rekabentuk Moden


Model yang disalin terus daripada model Bajaj Pulsar RS200 ini menampilkan gaya serta rekabentuk moden yang menarik.


Modenas Pulsar RS200
Modenas Pulsar RS200



Dilengkapi ABS


Selain itu, motosikal ini juga dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System) untuk sistem brek hadapannya. 


Modenas Pulsar RS200
Modenas Pulsar RS200


Sistem Triple Spark


Agak menarik apabila motosikal ini menggunakan Sistem Triple Spark. Ini bermaksud bahawa motosikal ini menggunakan 3 palam pencucuh. Kelebihan bagi enjin yang menggunakan sistem ini ialah ia dapat mengoptimumkan pembakaran, menjimatkan bahan api dan seterusnya diterjemahkan kepada kuasa optimum pada peringkat "Top-End".

Manakala keburukannya menggunakan sistem ini ialah, pengguna terpaksa mengeluarkan kos yang lebih ketika melakukan servis!


Modenas Pulsar RS200
Modenas Pulsar RS200

Tangki Minyak 13 Liter


Motorsikal ini dilengkapi dengan kapasiti tangki minyak yang agak besar berbanding pesaing terdekatnya KTM RC200. Secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian.


Berikut adalah spesifikasi bagi Modenas Pulsar RS200:


Enjin Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC (Triple-spark)
Isipadu 199.5cc
Gerek x lejang 72 mm x 49 mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  18kW (24.5bhp) @9750rpm
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic dengan Bush Anti Geseran
Suspensi Belakang Monoshock  dengan Tabung Nitrox
Brek Hadapan Cakera Tunggal 300mm dengan ABS
Brek Belakang Cakera Tunggal 230mm
Tayar Hadapan 100/80-17 (52P)
Tayar Belakang 130/70-17 (62P)
Saiz tangki 13 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 155 kg*
Harga RM11,342*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.


Rujukan: Modenas / Bajaj Auto
     

22 Mei 2017

Mei 22, 2017

Pit Bike - Seperti Motosikal Besar Gayanya!

Pit Bike - Kawasaki Z125 Pro, Honda MSX125 atau Benelli TNT 135? Segmen motosikal yang mula mendapat perhatian daripada peminat motosikal. Motosikal yang digelar Mini-moto ataupun Pit Bike ini walaupun kecil mempunyai potensi dan tarikan yang tersendiri. Sangat sesuai digunakan di dalam bandar berikutan saiznya yang kecil.

Didatangkan dengan ciri-ciri sebuah motosikal tulen, tentunya ia amat menarik untuk dijadikan motosikal permulaan (latihan) sebelum beralih kepada motosikal yang lebih besar. Selain itu, ia adalah alternatif terbaik bagi pengguna yang tidak meminati motosikal cub.


Kawasaki Z125 PRO


Kawasaki Z125 PRO
Kawasaki Z125 PRO


Kawasaki Malaysia menjadi pengeluar pertama yang memperkenalkan Kawasaki Z125 PRO.


Enjin Sejukkan Udara, 4-lejang SOHC
Isipadu 125cc
Gerek x lejang 56.0 x 50.6mm
Transmisi 4-kelajuan
Kuasa  7.2kW (8000rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic Terbalik
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 100/70-12
Tayar Belakang 120/70-12
Saiz tangki 7.4 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 101 kg
Harga RM10,435*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Trend yang dimulakan oleh Kawasaki Malaysia melalui Kawansaki Z125 PRO ini mula mendapat momentum apabila terdapat 2 lagi pihak pengeluar yang menyertainya iaitu Boon Siew Honda dan Benelli Malaysia.




Honda MSX125



Honda MSX125
Honda MSX125




Boon Siew Honda memperkenalkan Honda MSX125.


Enjin Sejukkan Udara, 4-lejang SOHC
Isipadu 125cc
Gerek x lejang 52.4 x 57.9mm
Transmisi 4-kelajuan
Kuasa  7.2kW (7000rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic Terbalik
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 120/70-12
Tayar Belakang 130/70-12
Saiz tangki 5.7 liter
Minyak Enjin 1.1 liter
Berat 104 kg
Harga RM11,128.94*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Benelli TNT135



Benelli TNT135
Benelli TNT135

Benelli Malaysia mempertaruhkan Benelli TNT135.


Enjin Sejukkan Udara, 4-lejang SOHC
(Twin-spark)
Isipadu 134.7cc
Gerek x lejang 54.0 x 58.8mm
Transmisi 5-kelajuan
Kuasa  9.5kW (9000rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic Terbalik
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 120/70-12
Tayar Belakang 130/70-12
Saiz tangki 7.2 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 121 kg
Harga RM8,469*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.




Harga Mahal?


Terus terang dikatakan bahawa model-model Pit Bike ini dilihat sukar untuk bersaing dengan model-model Supercub kerana faktor harga yang agak mahal. Namun begitu bagi yang tidak meminati motosikal cub, ini adalah alternatif terbaik yang ada di pasaran.


Tangki Minyak Besar!


Sudah tentu apabila dibandingkan dengan motosikal cub, saiz tangki minyak pasti akan menjadi topik perbualan dan perbandingan. Nampaknya Pit Bike mempunyai kelebihan yang nyata. Hampir kesemua model Pit Bike yang ada di pasaran mempunyai kapasiti tangki minyak melebihi 5 liter.


Alternatif Kepada Pit Bike - Momos Madass 125?



Momos Madass 125
Momos Madass 125


Sebenarnya sekitar tahun 2010, pihak MOFAZ telah memperkenalkan model Momos Madass 125 di pasaran. Jika faktor harga menjadi kekangan untuk memiliki Pit Bike, Momos Madass 125 boleh menjadi alternatif kepada model-model Pit Bike. 

Dijual dengan harga di bawah RM6000, ini adalah alternatif terbaik yang ada di pasaran. Berikut adalah spesifikasi Momos Madass 125:



EnjinSejukkan Udara, 4-lejang SOHC
Isipadu119.7cc
Gerek x lejang52.4 x 55.5mm
Transmisi4-kelajuan
Kuasa 6.4kW (8400rpm)
Fuel SystemKarburator
Suspensi HadapanTeleskopic
Suspensi BelakangMonoshock
Brek HadapanCakera Tunggal
Brek BelakangCakera Tunggal
Tayar Hadapan90/90-16
Tayar Belakang120/70-16
Saiz tangki5.1 liter
Minyak EnjinTiada Maklumat
Berat100 kg
HargaDibawah RM6,000*


Spesifikasinya biasa-biasa sahaja dan tidaklah sehebat Kawasaki Z125 Pro, Honda MSX125 atau Benelli TNT 135.  Namun begitu, rupa paras serta gayanya masih lagi cukup garang!


Rujukan:
Kawasaki Malaysia
Boon Siew Honda
Benelli Malaysia 
MOFAZ

08 Mei 2017

Mei 08, 2017

Supercub - Suzuki Belang R150, Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i

Supercub - Suzuki Belang R150, Yamaha Y15ZR, Honda RS150R atau Benelli RFS150i? Yang mana satu pilihan hati? Tentunya sukar untuk membuat pilihan.

Apabila angka-angka asas spesifikasi dibentangkan dan dibuat perbandingan, keadaan menjadi lebih sukar. Ini kerana angka-angka asas spesifikasi yang dipaparkan adalah sangat hampir antara satu sama lain. Semuanya menarik untuk diperkatakan.


Suzuki Belang R150


Suzuki Belang R150
Suzuki Belang R150



Difahamkan, untuk kategori "Underbone 150cc" (Supercub) pihak Suzuki Asemblers Malaysia adalah pengeluar pertama yang memperkenalkan jentera mereka iaitu Suzuki Belang R150.


Enjin Sejukkan Udara, 4-lejang DOHC
Isipadu 147cc
Gerek x lejang 62.0 x 48.8mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  12.65kW(9500rpm)
Fuel System Karburator
Suspensi Hadapan Teleskopic
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 70/90-17M/C (38P)
Tayar Belakang 80/90-17M/C (44P)
Saiz tangki 4.9 liter
Minyak Enjin 1.1 liter
Berat 108 kg
Harga RM7,670*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Namun begitu, trend yang dicipta oleh pihak Suzuki sekitar tahun 2013 akhir-akhir ini telah mendapat momentum apabila pengeluar lain turut memperkenalkan jentera masing-masing untuk bersaing dalam segmen tersebut.


Yamaha Y15ZR

Yamaha Y15ZR Movistar
Yamaha Y15ZR



Antara pengeluar yang turut serta memeriahkan pasaran ialah Yamaha, Honda dan Benelli. Pihak Hong Leong Yamaha telah mengikuti jejak langkah Suzuki mempertaruhkan Yamaha Y15ZR pada tahun 2016.


Enjin Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC
Isipadu 149.7CC
Gerek x lejang 57.0 x 58.7mm
Transmisi 5-kelajuan
Kuasa  11.3kW(8500rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 70/90-17M/C (38P)
Tayar Belakang 120/70-17M/C (58P)
Saiz tangki 4.2 liter
Minyak Enjin 1.15 liter
Berat 115 kg
Harga RM9,580*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Honda RS150R

Honda RS150R Repsol
Honda RS150R



Diikuti oleh Boon Siew Honda yang memperkenalkan jentera sensasinya iaitu Honda RS150R


Enjin Sejukkan Cecair, 4-lejang DOHC
Isipadu 149.16cc
Gerek x lejang 57.3 x 57.8mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  11.5kW (9000rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 90/80-17M/C (46P)
Tayar Belakang 120/70-17M/C (58P)
Saiz tangki 4.5 liter
Minyak Enjin 1.1 liter
Berat 123 kg
Harga RM8,899*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Benelli RFS150i


Benelli RFS150i
Benelli RFS150i


Manakala pada suku kedua tahun 2017, Benelli Malaysia juga memperkenalkan model yang dilihat mampu memberikan saingan yang hebat buat Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Benelli Malaysia mempertaruhkan Benelli RFS150i.


Enjin Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC
(Triple-spark)
Isipadu 149.8cc
Gerek x lejang 57.0 x 58.7mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  11.3kW (8500rpm)
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic Terbalik
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 70/90-17M/C (38P)
Tayar Belakang 120/70-17M/C (58P)
Saiz tangki 4.8 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 115 kg
Harga RM6,988*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Suzuki Belang R150 Model Rujukan


Suzuki Belang R150 adalah model rujukan bagi kategori Supercub. Mana-mana jentera yang dikeluarkan selepasnya seharusnya mempunyai spesifikasi yang setara ataupun lebih baik.


Yamaha Y15ZR Menggunakan Kotak Gear 5-kelajuan?


Tidak banyak yang boleh diulas. Namun begitu, mengapa Yamaha Y15ZR hanya dilengkapkan dengan kotak gear 5-kelajuan masih menjadi persoalan. Sememangnya mencacatkan spesifikasi jentera yang dikira cukup hebat!


Honda RS150R Lebih Berat Dari Pesaingnya?


Diatas kertas, spesifikasi Honda RS150R agak mantap. Dilengkapi dengan alatan serta teknologi terkini. Namun begitu, berbanding para pesaingnya Honda RS150R adalah jentera yang paling berat didalam kelasnya.


Spesikasi Benelli RFS150i Yang Agak Gila-gila!


Menarik apabila memperkatakan tentang spsifikasi Benelli RFS150i yang dilengkapi dengan sistem Triple-spark (B3SP). Bermaksud jentera ini menggunakan 3 unit palam pencucuh! Sistem ini direka untuk meminimumkan emisi (Euro 4) dan memaksimumkan kuasa.

Oh ya. Fork hadapan teleskopik terbalik itu memang mengancam!


Malaysia Ketinggalan


Model-model yang diperkenalkan ini sebenarnya sudah berada di pasaran negara Asean agak lama kecuali bagi model Benelli RFS150i yang pertama diperkenalkan di Malaysia, mendahului negara Asean yang lain. Agak mengecewakan kerana Malaysia selalunya ketinggalan. Diharap pihak pengeluar akan lebih agresif pada masa akan datang untuk memperkenalkan model serta varian terbaharu dipasaran.

Sepatutnya Sudah Ada ABS (Anti-lock Braking System)


Apa pun ceritanya, didalam memperkatakan tentang teknologi dunia dua roda kita tidak boleh lari dari memperkatakan juga soal keselamatan. Jika dilihat daripada angka-angka yang dipersembahkan oleh setiap pengeluar, kesemuanya menunjukkan peningkatan dari segi kuasa. Sepatutnya untuk motosikal yang telah dilabel sebagai "Supercub", sistem brek ABS (Anti-lock Braking System) perlu dilengkapkan sebagai alatan standard.

Sejujurnya, peminat jentera dua roda di negara ini sebenarnya sedang tertunggu-tunggu pengeluar pertama yang berani memperkenalkan sistem tersebut untuk motosikal "Underbone 150" (Supercub).

Rujukan:
Suzuki Asemblers Malaysia
Hong Leong Yamaha
Boon Siew Honda
Benelli Malaysia

02 Mei 2017

Mei 02, 2017

Muzium Sultan Abu Bakar - Kenali Kesultanan Melayu Pahang

Kami berkesempatan mengunjungi Muziun Sultan Abu Bakar ketika pulang dari Bandar Kuantan tempohari sebaik sahaja selesai menghadiri majlis perkahwinan.



Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium Sultan Abu Bakar




Istana Kota Beram



Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium Sultan Abu Bakar



Bangunan bersejarah ini dibina pada tahun 1929 sebagai penginapan Residen British. Sewaktu perang dunia ke 2, bagunan ini telah dijadikan markas tentera Jepun.



Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium Sultan Abu Bakar



Namun begitu pada tahun 1948, bagunan ini dibaik pulih dan secara rasminya dijadikan istana bersemayam Almarhun Sultan Abu Bakar. Istana ini diberi gelaran Istana Kota Beram.

Setelah Istana baharu dibina berhampiran kawasan Istana Terentang, Lembaga Muzium Negeri Pahang telah mengambil alih bangunan ini dan dijadikan muzium dan diberi nama Muzium Sultan Abu Bakar.


Muzium Sultan Abu Bakar - Kenali Kesultanan Melayu Pahang


Kunjungan ke Muzium Sultan Abu Bakar membolehkan kami mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Kesultanan Melayu Pahang serta Negeri Pahang secara khasnya.


Muzium Sultan Abu Bakar - Pahang Sepintas Lalu
Pahang Sepintas Lalu



Maklumat tentang sejarah Kesultanan Melayu Pahang telah digarap dan diolah dengan baik melalui bahan pameran oleh pihak pengurusan muzium.



Muzium Sultan Abu Bakar - Adat Istiadat
Adat Istiadat



Segala aktiviti penting tentang kesultanan Melayu Pahang telah didokumentasikan dan diceritakan kembali kepada pengunjung dengan olahan yang amat baik serta mudah difahami.



Muzium Sultan Abu Bakar - Bahan Pameran
Antara Bahan Pameran


Alhamdulillah kunjungan ke Muzium Sultan Abu Bakar telah sedikit sebanyak menambahkan lagi pengetahuan kami tentang Kesultanan Melayu Pahang.



Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium Sultan Abu Bakar



Bagi peminat seni bina klasik dan fotografi kunjungan ke Muzium Sultan Abu Bakar tentunya dapat memberikan kepuasan.



Helikopter Di Hadapan Muzium Sultan Abu Bakar
Helikopter?


Namun begitu, pihak muzium tidak membenarkan kamera DSLR digunakan ketika berada didalam muzium. Hanya kamera smartphone dan actioncam dibenar untuk digunakan dengan bersyarat iaitu tanpa perlu mengaktifkan denyar (flash).



Harga Tiket Masuk Ke Muzium Sultan Abu Bakar
Tiket Masuk Ke Muzium Sultan Abu Bakar


Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak dibawah 12 tahun adalah percuma. Disarankan datang sebelum pukul 5 petang.

Berikut adalah peta lokasi Muzium Sultan Abu Bakar:



Rujukan : Istana Sultan Abu Bakar