BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 Ogos 2011

Persiapan Hari Raya 2011 #2

Semangat untuk berblog ketika Ramadan ini memang berada diparas terendah. Maklumlah keletihan disiang hari masih lagi terbawa-bawa sehingga ke sebelah malam dan seterusnya mengakibatkan kehilangan mood untuk mengemaskini blog.  

Sambil memikirkan tentang apa yang hendak dikemaskini, rasanya ada beberapa entry lama yang difikirkan masih relevan dengan Ramadan dan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi. Antaranya :

  1. Checklist Hari Raya 1 (2010)
  2. Checklist Hari Raya 2 (2010)
  3. Koleksi Lagu Hari Raya Yang Wajib Ada (2010)
  4. Projek Corn Flakes Madu (2010)
  5. Nuffnang Beri Duit Raya (2010)
  6. Hari Pertama Syawal (2010)
  7. Hari Kedua Syawal (2010)
  8. Hari Ketiga Syawal (2010)
  9. Hari Keempat Syawal (2010)
  10. Hari Kelima Syawal (2010)
  11. Persiapan Raya - Part 1 (2009) 
  12. Persiapan Raya - Part 2 (2009)
  13. Syawal 09 - Part 1 (2009)
  14. Syawal 09 - Part 2 (2009)
  15. Syawal 09 - Part 3 (2009)
  16. 10 Years Old Satria (2008)
  17. Raya 2007 (2007)
  18. Raya 2006 (2006)

Kadang kala untuk menjana idea untuk penulisan yang bagus perlukan inspirasi serta rujukan daripada penulisan terdahulu serta sumber yang lain.  Jadi sesekali menjenguk apa yang ada didalam arkib blog sendiri memang amat membantu :D



Setiap kali tiba bulan Syawal, tentunya aktiviti ziarah tentunya menjadi keutamaan. Jadi untuk memastikan segalanya berjalan lancar, perlu memastikan kenderaan sentiasa berada didalam keadaan terbaik. Mana-mana kerosakkan kecil yang dikesan semasa melakukan servis perlu diperbaiki segera agar ia tidak merebak menjadi lebih teruk dan menjadi tidak terkawal. Lagipun jika diperbaiki awal tentu kosnya lebih murah.

Jadi antara persiapan yang perlukan peruntukkan kewangan yang agak besar ialah memastikan kenderaan berada didalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Selaras dengan usia kenderaan, lebih lama usianya maka lebih peruntukan diperlukan untuk memastikan kenderaan berada didalam keadaan terbaik. 




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan